awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya malu nak ke sekolah jumpa 'saing' sebab tiada kaki.."

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
07/10/2018
12:44 MYT
"Saya malu nak ke sekolah jumpa 'saing' sebab tiada kaki.."
Asyraf ditemui selepas menerima kunjungan rombongan sebuah syarikat berkaitan barangan kesihatan dan Kelab Media Kelantan Darul Naim, Kemudi. Foto: Astro AWANI
"Saya malu nak pergi sekolah sebab tiada kaki..."
Itulah luahan seorang pelajar yang berusia 13 tahun selepas kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan jalan raya.
Dalam kejadian Julai lalu, Muhammad Asyraf Mohd Zuki yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamed Yaakob terbabas dan merempuh besi penghadang jalan ketika menunggang motosikal sehingga menyebabkan kakinya terputus dari paras peha.
Asyraf ternyata masih trauma dengan kejadian empat bulan lalu yang menyebabkan dia kehilangan kaki pada usia muda.
Namun, dia kini meredhai ketentuan Ilahi lebih-lebih lagi apabila ada sinar harapan untuk menjalani kehidupan normal seperti rakan-rakan yang lain.
Asyraf ditemui selepas menerima kunjungan rombongan sebuah syarikat berkaitan barangan kesihatan dan Kelab Media Kelantan Darul Naim, Kemudi. Foto: Astro AWANI
Asyraf ditemui selepas menerima kunjungan rombongan sebuah syarikat berkaitan barangan kesihatan dan Kelab Media Kelantan Darul Naim, Kemudi. Foto: Astro AWANI
Dengan memiliki kaki palsu, Asyraf boleh mengikuti sesi persekolahan selepas cuti panjang akibat kemalangan itu.
“Memang saya malu, tiada kaki, malu nak jumpa saing (kawan) malu nak ke sekolah, nak lah kalau ada yang nak dermakan kaki buat saya,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya di kampung Bukit Berapit, Batu Gajah, di sini, pada Ahad.
BACA: Remaja putus kaki kiri bukan akibat bermain basikal lajak
Asyraf ditemui selepas menerima kunjungan rombongan sebuah syarikat berkaitan barangan kesihatan dan Kelab Media Kelantan Darul Naim, Kemudi.Menurut Ketua Pengawai Operasi Tunas Duta Cemerlang Sdn Bhd, Al-Arabi Mohamed (She) pihaknya bersedia membantu Asyraf untuk mendapatkan kaki palsu bagi meringankan beban yang ditanggung anak muda itu.
"Kami terpanggil untuk membantukan Asyraf bagi membolehkan dia untuk mendapatkan kaki palsu agar dia dapat melakukan aktiviti harian untuk masa depannya,” ujarnya.
Jelasnya lagi, pihaknya akan mengusahakan dalam tempoh terdekat supaya pelajar berkenaan memperolehi kaki palsu yang membolehkannya menjalani kehidupan normal tanpa bergantung kepada tongkat.
Dalam kejadian Julai lalu Asyraf putus kaki kiri selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sendiri ketika dalam perjalanan ke rumah bapanya di Telaga Bijih.
Topic Berkaitan
#kaki
#Muhammad Asyraf Mohd Zuki
#putus
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan