awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya pilih penjara, tak mahu bayar denda - Abdul Hadi

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
13/09/2023
06:48 MYT
Saya pilih penjara, tak mahu bayar denda - Abdul Hadi
Abdul Hadi menegaskan beliau lebih rela dipenjara daripada membayar denda jika didapati bersalah kerana ucapan-ucapannya sebelum ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau lebih rela dipenjara daripada membayar denda jika didapati bersalah kerana ucapan-ucapannya sebelum ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, daripada membayar denda, beliau berpendapat lebih baik wang itu disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
“Saya sedia menunggu untuk dipenjarakan oleh mahkamah dan saya sedia dihukum. Tidak tahu dihukum sama ada penjara atau denda.
“Saya pilih penjara, saya tak mahu bayar denda. Daripada bayar denda, baik beri kepada Pasti.
“Kalau dihukum, saya dah tak layak jadi Ahli Parlimen... akan ada pilihan raya kecil.
“Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) boleh bertanding di Marang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika semasa membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Rabu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilapor menyatakan kertas siasatan Abdul Hadi berhubung kenyataannya yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Ia susulan kenyataan dalam ceramah di markas parti itu di Bakri, Muar, Johor bulan lalu dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menjawab celahan Shahidan yang bertanya hukum melepas tanpa membebaskan dalam perundangan Islam.
Menurutnya, di dalam akidah Islam, hanya mempunyai dua mahkamah iaitu dunia dan akhirat.
Tambahnya, Islam meletakkan orang yang dituduh tidak bersalah sehingga dibuktikan, namun mereka perlu dibicarakan kerana tiada konsep melepas dan membebaskan (DNAA) dalam kehakiman Islam.
“Walaupun lepas mahkamah dunia, takkan lepas mahkamah akhirat... orang yang ada iman akan sanggup dihukum di dunia,” katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#denda
#penjara
#isu 3R
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan