BAPA kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Prof Md Nasir Ibrahim akui terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Menurut Md Nasir, dia tidak diberi peluang untuk berbincang atau membela diri sekiranya keputusan yang dibuat melibatkan salah laku integriti atau kes jenayah.
“Saya dapat tahu penamatan ini adalah persetujuan bersama ahli Lembaga Pengarah (Finas). Tetapi saya tidak pernah dipanggil berbincang atau dimaklumkan hal ini lebih awal. Jadi saya rasa dizalimi apabila berlaku begini.
“Kalau ada masalah integriti atau jenayah saya berhak dipanggil untuk membela diri. Namun ia tidak berlaku. Jadi memang terkejut dengan keputusan ini,” katanya kepada pemberita.
Md Nasir ditemui ketika mengadakan sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.
Tambah Md Nasir, dia juga tidak menolak wujudnya unsur kroni dalam pentadbiran Finas yang kurang bersetuju dengan pendiriannya sekali gus menyebabkan mereka sukar bekerjasama.
“Secara personal saya tidak menolak wujud kroni. Benda ini memang tidak bagus, namun ia pasti akan berlaku dalam mana-mana organisasi.
“Ada manusia begitu yang susah untuk menerima teguran. Contoh paling mudah adalah apabila saya menegur kakitangan yang berada di cafe dalam waktu bekerja. Saya tegur untuk memperbaiki.
“Sidang media ini bertujuan untuk membersihkan nama saya. Saya tidak mahu ada yang anggap bukan-bukan kerana ia berlaku dalam tempoh 24 jam,” ujarnya.
Bercakap tentang perancangan peribadi, Md Nasir mahu mengambil tempoh rehat selepas berkhidmat selama 1 tahun 7 bulan namun masih terbuka untuk bekerjasama dalam pembangunan industri filem tempatan.
“Saya reda dengan keputusan ini. Bagilah masa saya berehat dahulu.
“Saya juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk kemajuan industri filem kita. Saya amat berbesar hati untuk memberi sumbangan,” jelasnya.
Md Nasir memulakan perkhidmatan pada 1 November 2021 dan dijangka berakhir pada 31 Oktober nanti.
Dia menerima surat penamatan perkhidmatan itu dari Pengerusi Finas Datuk Kamil Othman pada 31 Mei pukul 4.30 petang.
Terdahulu, industri seni digemparkan dengan penamatan perkhidmatan Md Nasir setelah dia menerima notis 24 jam pada petang Rabu dan berkuat kuasa 1 Jun.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) juga mengesahkan sudah menamatkan kontrak Prof Md Nasirsebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas berkuat kuasa hari ini.
Menurut Finas dalam satu kenyataan akhbar, keputusan itu diambil untuk melakukan penstrukturan semula atau recalibration ke atas dasar, program dan aktiviti kreatif bagi menghasilkan filem tempatan yang berkualiti.
Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengumumkan perlantikan Md Nasir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 31 Oktober 2021 hingga 20 Oktober 2023.
Pelantikan beliau menggantikan Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mengakhiri tugas 15 Oktober 2021. -- Gempak
Gempak
Thu Jun 01 2023
Menurut Md Nasir, dia tidak diberi peluang untuk berbincang atau membela diri sekiranya keputusan yang dibuat melibatkan salah laku integriti atau kes jenayah. - Gempak
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
'Saya rasa dizalimi' - Ditamatkan kontrak CEO Finas, Md Nasir tak tolak ada campur tangan kroni
Prof Md Nasir akui terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Tujuh pembuat filem pendek terima dana Finas
Dana di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) (Sektor Filem) itu bertujuan merancakkan ekonomi industri kreatif dalam negara.
Md Nasir Ibrahim Ketua Pegawai Eksekutif FINAS baharu berkuat kuasa esok
Prof Dr Md Nasir Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu, bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa esok (1 Nov) hingga 30 Okt 2023.