KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar mendakwa ketidakhadiran beliau ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor adalah atas sebab masalah kesihatan diri dan keluarga.
Bekas ADUN daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau bimbang sekiranya keadaan batuk dan selesema yang dialaminya pada 22 November tahun lalu, iaitu sehari sebelum persidangan berlangsung akan memudaratkan individu lain di DUN.
"Sidang dewan berlangsung pada 23 November, jadi saya rasa dilema sama ada saya perlu pergi mesyuarat atau tidak. Kalau saya pergi mesyuarat nanti, mungkin akan menyebabkan selsema dan batuk merebak.
"Saya buat ujian kendiri dan bimbang benda-benda itu akan menjangkiti rakan saya di DUN. Oleh kerana itu pun, pernah kena COVID-19 dan isteri saya pun tak berapa sihat, jadi fikiran saya agak terganggu sedikit pada waktu itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Harumaini turut mendakwa tidak menerima sebarang notis atau diberi ruang membela diri sebelum mengetahui berlaku kekosongan kerusi DUN Batang Kali pada Khamis.
Harumaini mengakui keliru dengan tafsiran undang-undang yang mendakwa dirinya tidak hadir selama enam bulan tanpa sebarang notis.
BACA: Kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong
Ini kerana Harumaini berkata, beliau hadir pada persidangan DUN yang berlangsung pada Julai tahun lalu.
"Cumanya adakah bulan Ogos, September, Oktober dan tiga suku daripada bulan November, serta tiga suku Disember, dan dari 1 hingga 26 Januari 2023, tarikh-tarikh yang saya sebut itu tidak ada sidang DUN berlangsung.
BACA: DUN Batang Kali: Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
"Jadi, adakah ketiadaan sidang DUN itu berlangsung, dikira dari bulan Julai hingga Januari 2023 yang dikatakan selama enam bulan saya tak datang? Itu yang menjadikan saya keliru dari segi tafsiran undang-undang.
"Pada taksiran saya, kalau nak kira enam bulan tak hadir, Parlimen pun bersidang sebulan sahaja. Tak kan DUN yang lebih kecil ini bersidang sampai enam bulan? Jadi itu yang membuatkan saya keliru dengan tafsiran undang-undang yang dibaca pihak berkenaan," ujarnya.
Dalam pada itu, Harumaini berpandangan kekosongan satu-satu kerusi perlu disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sebarang keputusan yang dibuat perlu dilakukan secara adil.
"Jadi, saya akui memang orang-orang berkenaan ada kuasa tertentu tetapi biarlah kuasa itu dijalankan secara adil dan saksama dalam menentukan keadaan yang sebenar.
"InsyaAllah untuk permulaan ini saya akan minta penjelasan daripada pihak yang mengeluarkan arahan tersebut," katanya.
Mengenai dakwaan bahawa beliau tidak turun padang pula, Harumaini menafikan perkara itu, sebaliknya menegaskan melakukan yang terbaik sepanjang bergelar wakil rakyat.
Hasimi Muhamad
Fri Feb 17 2023
ADUN Pejuang itu berkata, beliau bimbang sekiranya keadaan batuk dan selsema yang dialaminya pada 22 November tahun lalu, iaitu sehari sebelum persidangan berlangsung akan memudaratkan individu lain di DUN. - Gambar fail
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
'Saya selesema, batuk...' - Harumaini perjelas sebab tidak hadir sidang DUN
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Harumaini Omar mendakwa ketidakhadiran beliau ke persidangan DUN Selangor adalah atas sebab masalah kesihatan diri dan keluarga.