BUKIT GANTANG: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Sebaliknya, Syed Abu Hussin Hafiz berkata hanya akan berbuat demikian setelah pengerusi baharu dilantik.
Beliau menambah, kontrak pelantikannya adalah selama dua tahun dan akan tamat pada 2024.
“Jadi bila menteri baharu naik (dilantik), dia akan memilih pengerusi yang baharu untuk menggantikan saya, jadi barulah saya berundur diri.
“Tapi sementara ini, belum ada lagi pengganti dan saya teruskan khidmat sebagai pengerusi untuk bantu menyampaikan bantuan-bantuan kepada rakyat,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Enjin Sangkut di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matang di sini pada Isnin.
Dalam pada itu Syed Abu Hussin Hafiz berkata, beliau juga akan menggunakan elaun sebagai ahli Parlimen kira-kira RM25,000 sebulan bagi membantu rakyat di kawasannya.
Ujar beliau, tindakan itu bukanlah usaha baharu, sebaliknya telah dilakukannya sejak mula menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 2018.
"Daripada awal saya jadi ahli Parlimen pun saya sudah serahkan duit (elaun) kepada pegawai saya untuk uruskan bantuan bagi menjalankan semua aktiviti dan perbelanjaan di Parlimen Bukit Gantang.
"Oleh kerana tiada peruntukan kerajaan, jadi saya gunakan wang elaun ahli Parlimen sebanyak RM25,000 ini, dan serahkan kepada pusat khidmat untuk mereka atur bantuan kepada rakyat," katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Syed Abu Hussin Hafiz juga akan menggunakan wang zakat perniagaannya untuk membantu golongan asnaf di kawasan Parlimennya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Dec 12 2022
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih
Stesen minyak mudah alih yang bakal diwujudkan PELARIS dijangka membantu meningkatkan pendapatan persatuan itu.
LKIM lulus bina 257 rumah nelayan tahun ini
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meluluskan pembinaan 257 unit rumah nelayan di seluruh negara menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) tahun ini.
Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan
Ia bagi mengenal pasti masalah dan keperluan infrastruktur industri perikanan untuk permohonan Belanjawan 2024.
LKIM perkenal satu persatuan, satu produk bantu tingkat ekonomi nelayan
LKIM memperkenalkan projek satu persatuan nelayan, satu produk sebagai usaha meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan.
LKIM perkenal pasar nelayan bergerak
LKIM memperkenalkan projek pasar nelayan bergerak sebagai salah satu usaha meningkatkan ekonomi nelayan dan membantu rakyat membeli ikan segar, pada harga yang lebih rendah.
Salah guna bantuan, nelayan berdepan tindakan tegas - LKIM
Nelayan yang dikesan menyalahgunakan bantuan yang diberikan kerajaan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan sebagai ahli persatuan.
Kerajaan Pulau Pinang peruntuk bantuan pukat RM1.614 juta untuk nelayan tahun ini
Bantuan pukat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada semua nelayan yang berlesen di negeri itu meningkat kepada RM1.614 juta pada 2023 berbanding RM959,600 pada tahun lepas.
Tragedi ikan buntal: Keluarga mahu peniaga diheret ke mahkamah
KKM dan LKIM digesa menguatkuasakan akta sedia ada dan mengheret mereka yang bersalah ke mahkamah.
RM192 juta untuk naik taraf Pelabuhan Chendering - Mohamad Sabu
Kerajaan memperuntukkan RM192 juta bagi projek menaik taraf pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering.
LKIM minta nelayan berdaftar dengan persatuan
Yusoff Othman berkata pihaknya hanya dapat membantu nelayan yang menjadi ahli sahaja selain banyak faedah boleh diterima.