PELAKON terkenal Erra Fazira terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang dilihat sengaja ingin mencetuskan sensasi dengan mereka cerita tatkala nama bekas suaminya Engku Emran sedang hangat diperkatakan selepas bersecerai dengan isteri, Noor Nabila.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik menjelaskan dirinya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung 'sikap sebenar' Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.
Katanya lagi, dia amat menghormati privasi Engku Emran sebagai bapa kepada anaknya.
“Jangan macam ni. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah. Saya tak pernah memberikan sebarang komen sebegini.
“Saya hormat privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” tulisnya.
Malah, Erra turut berkongsi tangkap layar yang memaparkan tajuk sebuah hantaran yang dipercayai dimuat naik di aplikasi Facebook.
Dalam hantaran tersebut, Erra didakwa tahu mengenai sikap sebenar Engku Emran yang menjadi punca penceraiannya dengan Noor Nabila.
Sementara itu, pelakon filem Sembilu ini turut mengingatkan semua pihak untuk tidak mempersenda kehidupan orang lain lebih-lebih lagi selepas ditimpa ujian.
“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tak tahu nasib dan perjalanan kita kelak,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Engku Emran melafazkan cerai talak satu terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
Untuk rekod, Engku Emran dan Noor Nabila telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat Nabila selepas bercerai dengan Sharnaaz pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup dengan Sharnaaz, mereka dikurnikan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tanga dengan Erra pada 25 Oktober 2007. Bagaimanapun, perkahwinan mereka itu hanya bertahan selama tujuh tahun.
Engku Emran dan Erra dikurnikan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.
Malah, Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun, bahtera perkahwinan tersebut turut berakhir dengan penceraian. -Gempak
Gempak
Tue Sep 26 2023
Erra (tengah) menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung 'sikap sebenar' Engku Emran (kiri) seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial. -Gempak
Israel sahkan empat tebusan Hamas terbunuh
Tentera Israel mengesahkan kematian empat lagi individu yang menjadi tebusan Hamas sejak 7 Oktober tahun lalu.
Menurut tentera rejim, kesemua mereka terkorban ketika operasi kententeraan Israel di Khan Younis di selatan Gaza dan mayat mereka masih ditahan Hamas.
Menurut tentera rejim, kesemua mereka terkorban ketika operasi kententeraan Israel di Khan Younis di selatan Gaza dan mayat mereka masih ditahan Hamas.
Kekejaman zionis: AS gesa UNSC terima resolusi tamatkan perang
Amerika Syarikat menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menerima pakai resolusi menyokong cadangan yang digariskan oleh Presiden Joe Biden untuk menamatkan pertempuran antara Israel dan militan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza.
Bayi cedera di muka disyaki didera pengasuh
Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan cedera di bahagian muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Sabtu lepas.
Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri
Peguam yang mewakili ibu bapa kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun, mengesahkan beliau tidak lagi mewakili pasangan itu bermula Selasa.
ISWC 2024: Cabaran & peluang cipta kesejahteraan persaraan
Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2024 yang membuka tirai hari ini mengetengahkan isu penuaan penduduk dari perspektif negara, merangkumi aspek penting seperti kesan ke atas produktiviti dan ekonomi, serta penggubalan dasar dan reka bentuk infrastruktur untuk menyokong warga tua.
Malaysia akan tumpu ekonomi Perak berhadapan populasi tua
Malaysia kini akan memberikan tumpuan kepada ekonomi perak dalam berhadapan dengan populasi lanjut usia yang semakin meningkat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain pembangunan teknologi negara juga akan mengutamakan pelaburan dalam sektor kritikal seperti penjagaan kesihatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain pembangunan teknologi negara juga akan mengutamakan pelaburan dalam sektor kritikal seperti penjagaan kesihatan.
Malaysia perlukan reformasi sistem persaraan - PM
Malaysia memerlukan reformasi sistem persaraan, kerana kita kini merupakan negara menua (ageing nation).
Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata negara sedang menuju penuaan yang mendadak mengatasi negara yang mempunyai kekayaan, infrastruktur dan dasar yang lebih maju untuk menghadapi fenomena ini.
Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata negara sedang menuju penuaan yang mendadak mengatasi negara yang mempunyai kekayaan, infrastruktur dan dasar yang lebih maju untuk menghadapi fenomena ini.
Kelantan akan ganti Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 - Exco
Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.
ISWC 2024: Improving lives and livelihood amidst changes and uncertainties
Author of "Ageless: The New Science of Getting Older Without Getting Old ", shares his insights on enhancing lives and livelihoods amidst change and uncertainty at the International Social Wellbeing Conference 2024 (ISWC2024).
Rakyat Malaysia boleh buat pembayaran QR guna aplikasi Paybooc di Korea Selatan tidak lama lagi
Rakyat Malaysia akan dapat membuat pembayaran QR di Korea Selatan menggunakan aplikasi Paybooc tidak lama lagi, hasil kerjasama antara BC Card dari Korea Selatan dan PayNet Malaysia.
Polis Kelantan kenal pasti penulis buat hantaran mengenai pedofilia di Tumpat
Polis telah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Tumpat.
Tular harga sotong manis RM50 seekor
Orang ramai diminta berhati-hati menjamu selera di pusat bandar Kota Kinabalu selepas dikenakan bayaran RM50 untuk seekor sotong.
Gambar profil Fadillah diguna untuk akaun WhatsApp, Telegram dan FB palsu
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan terdapat individu menggunakan gambar profil beliau menerusi WhatsApp, Telegram serta Facebook.
Pemain bola sepak El Ghazi saman Mainz 05 yang memecatnya kerana hantaran pro Palestin
El Ghazi menyaman Mainz selepas kelab itu menamatkan kontraknya pada 3 Nov berikutan hantaran di Instagram yang menyokong Palestin.
'Saya tak pernah beri komen begini' - Erra Fazira hormati privasi Engku Emran
Erra menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung 'sikap sebenar' Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.
Penolong pengurus didakwa buat hantaran jelik di Twitter
Mohamad Arif didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Bursa Malaysia beri amaran penipuan pelaburan menyamar sebagai institusi sah
Bursa Malaysia Bhd menasihatkan pelabur agar lebih berwaspada daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan.
Pas Selangor dakwa akaun Twitter Roslan Shahir digodam
Pas Selangor dalam satu hantaran di Facebook berkata pihaknya kesal dengan tindakan pemain politik yang menggunakan serangan peribadi kepada Roslan.