Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak pernah gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun.

Menurutnya, afidavit kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri telah membuktikan pembayaran cukainya itu.

“Saya tegaskan sekali lagi bahawa afidavit kerajaan PH sendiri telah membuktikan bahawa saya telah melapor dan membayar cukai LHDN setiap tahun tanpa gagal.

BACA: Najib dituntut bayar cukai pendapatan RM1.69 bilion

"Oleh itu, saya tak pernah lari daripada membayar cukai,” katanya dalam status terbaharu di Facebooknya.

Najib berkata, cukai berkenaan dikenakan ke atas apa yang beliau terima melalui akaun bank.

“Saya terima daripada derma dan sumbangan luar negara dalam akaun saya termasuk sumbangan daripada Menteri Kewangan Arab Saudi dan Putera Arab yang telah disahkan oleh pegawai bank dalam perbicaraan kes SRC (SRC International Sdn Bhd),” katanya.