Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini nafi pernah ‘mempolitikan’ situasi pencerobohan di Lahad Datu serta menolak dakwaan ianya satu sandiwara.
Beliau menjawab soalan tambahan oleh anggota parlimen PKR-Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang bertanya samada ‘Hishammuddin bersedia untuk menghentikan tindakan mempolitikkan keselamatan negara’.
“Saya tak pernah mempolitikkan situasi di Lahad Datu,” kata Hishammuddin dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.
Katanya sejak peringkat awal lagi keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan keamanan serta keselamatan negeri Sabah dan juga kedaulatan maruah negara dan bangsa terjamin.
Nurul juga bertanyakan samada kementerian pertahan bersedia untuk mengumumkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat insiden di Lahad Datu.
“Dalam hal ini memang secara peribadi saya mahukan perkara ini didedahkan dalang di belakang apa berlaku dan siapa yang terlibat. Dan sekiranya RCI merupakan kaedah yang terbaik, memang secara peribadi saya mahukannya dilaksanakan,” kata Hishammuddin yang juga anggota parlimen Sembrong.
Namun, katanya proses itu akan melibatkan beberapa pihak berkepentingan, dan bukan sahaja pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi juga pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta pihak kerajaan negeri.
Sementara itu, Hishammuddin berkata kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan keselamatan serta kedaulatan negara.
Menjawab soalan dari anggota parlimen BN-Sabak Bernam, Mohd Fasiah Fakeh, Hishammuddin berkata Kementerian Pertahanan telah mengambil langkah-langkah termasuk menubuhkan kasawan keselamatan khas di pantai timur Sabah atau Esscom, yang berpusat di Lahad Datu yang melibatkan 10 daerah bagi kawal selia pantai melibatkan pelbagai agensi seperti PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Jabatan Imigresen Malaysia di sepanjang persisiran pantai 1,400km
Katanya lagi, kerajaan juga telah membuat keputusan untuk menambah lima batalion pasukan keselamatan yg terdiri daripada ATM dan PDRM di kawasan tanggungjawab bagi keselamatan timur negeri Sabah.
Tambahnya, kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah memperkukuhkan penguatkuasaan keselamatan di kawasan daratan dan sepadan maritim melalui rondaan peningkatan intelligence reconnaissance.
Kata Hishammuddin lagi, langkah seterusnya ialah menunjukan kehadiran atau 'show of presence' melibatkan ATM di pesisir pantai dan perairan timur Sabah yang memberi tumpuan meningkatkan kawasan perairan menggunakan teknologi yang terkini.
Beliau juga berkata kerajaan akan melaksanakan konsep pertahanan menyeluruh yang melibatkan semua masyarakat di mana mereka boleh menjadi mata dan telinga bagi pasukan keselamatan negara.
“Kita tidak akan sama sekali bertolak ansur dalam hal keselamatan negara dan sentiasa memberikan keutamaan untuk lakukan apa saja yang wajar demi kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia,” tambah Hishammuddin.
Haider Yutim
Thu Jul 04 2013
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.