awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya terganggu, tiada afidavit balasan dari AGC cabar kewujudan Titah Adendum - Hakim

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/01/2025
04:10 MYT
Saya terganggu, tiada afidavit balasan dari AGC cabar kewujudan Titah Adendum  - Hakim
Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini memulakan prosiding bagi mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mencabar kewujudan Titah Adendum yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Menurutnya, setakat ini hujah yang dikemukakan adalah mengaitkan isu teknikal, perundangan dan bukannya menafikan kewujudan adendum tersebut.
"Saya sangat terganggu. Apa yang saya lihat adalah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara.
"Namun, tiada apa-apa kenyataan (afidavit balasan) daripada Pejabat Peguam Negara untuk mengenepikan, atau mana-mana responden yang menafikan, kewujudan titah tersebut.
"(Disebabkan) ketiadaan tindakan untuk mencabar kewujudan titah itu, saya terganggu. Saya menyatakan (ia wujud) tetapi kerana anda (pendakwaan) tidak menafikan kewujudannya bermakna anda mengatakan ia wujud. Itulah sebabnya. Saya tidak menyatakannya, tetapi saya terganggu," katanya di sini, hari ini.
Mohd Firuz merupakan salah seorang daripada tiga panel hakim pada prosiding itu.
Beliau bagaimanapun menambah, beliau hanya memaklumkan pandangannya dan ia tidak bermaksud rayuan bekas Perdana Menteri itu wajar dibenarkan.
Sementara itu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah, sikap membungkam atau tidak bersuara Menteri Dalam Negeri dan kerajaan mengenai titah berkenaan membuktikan ia memang wujud.
Mahkamah ditangguh sehingga pukul 1 petang.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Titah Adendum
#Jabatan Peguam Negara
#Mohd Firuz Jaffril
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan