MALAYSIA
'Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda' - Shahrir

Shahrir (tengah) sebelum bermulanya sidang media khas berhubung isu tiga aset miliknya di Jalan Semarak, ibu negara hari ini. - Gambar Astro AWANI/HARITS ASYRAF HASNAN
Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir mempersoalkan bagaimana permindahan tanah milik FELDA dilakukan dengan mudah tanpa penyeliaan yang jelas.
Malah beliau terkejut apabila terdapat transaksi ‘hantu’ pindah milik berlaku tanpa pembayaran dilakukan.
"Saya terpegun, begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda.
“Kami sudah laporkan perkara ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. Jika perlu, perkara ini boleh dibawa ke mahkamah,” kata Shahrir ketika sidang media khas di Menara Felda di ibu negara, pada Khamis.
Fokus utama Felda kini adalah untuk mendapatkan semula keempat-empat lot tanah bernilai RM270 juta yang kini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta.
Menurutnya lagi, Felda akan mengambil tindakan sivil terhadap syarikat swasta yang dikatakan menyalahgunakan kuasa.
"Syarikat tersebut telah menukar hak milik tanah kepada syarikatnya sendiri dan tida penerimaan wang daripda penjualan itu," ujarnya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami