"Saya tidak akan pulang dan akan menanti sehingga abah ditemui," kata anak mangsa tragedi bot karam di muara sungai Kuala Dungun,di sini.
Che Arisya Qistina, 11, yang merupakan anak kepada Che Mohd Afendi Che Ismail, 34, berkata dia tidak akan berganjak dari pantai untuk mengikuti perkembangan pencarian bapanya.
Katanya kali terakhir mereka berjumpa lebih sebulan yang lalu dan ayahnya sempat berpesan supaya menjaga diri dan sentiasa menghubunginya.
Bagaimanapun pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Che Latiff, Kelantan itu tidak dapat menghubungi bapanya kerana tidak mempunyai telefon.
"Saya hanya menemui abah sekiranya pulang ke kampung di Besut walaupun kurang bersua, namun kami tetap rapat selepas emak dan abah bercerai.
"Kalau abah tak jumpa, saya tak akan balik, kalau abah jumpa baru saya balik harap-harap boleh jumpa abah. Saya sudah beritahu cikgu tidak dapat ke sekolah nak tunggu abah sampai jumpa," katanya.
Rabu lalu empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka ke Jeti Kuala Dungun terbalik dipukul ombak dalam kejadian kira-kira 10 malam.
Mangsa yang masih hilang ialah Che Mohd Afendi Che Ismail, 34; Mohamad Zawawi Mohamed, 27, dan Abdul Wahab Zakaria, 44.
Seorang lagi mangsa Mohd Shahrin Yaccob, 33, berjaya menyelamatkan diri selepas tiga jam berenang ke daratan manakala mayat abangnya Mohd Nazri Yaccob, 37, ditemui kira-kira 8.50 pagi Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2017
Rabu lalu empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka ke Jeti Kuala Dungun terbalik dipukul ombak dalam kejadian kira-kira 10 malam. - Gambar fail
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Data PADU sudah sedia, termasuk program subsidi bersasar - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Pakar
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata peralihan kepimpinan utama Singapura kepada Perdana Menteri yang tidak datang dari keluarga Lee dijangka tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran republik itu. Jelasnya, Singapura mempunyai sistem peralihan kepimpinan yang sistematik dan konsisten.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Bumiputera perlu lahirkan CEO dalam bidang teknologi baharu - Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata bumiputera perlu meningkatkan penglibatan dalam industri teknologi baharu. Jelasnya, persaingan dalam industri laut merah sudah terlalu padat dengan peluang untuk berjaya menaiki tangga korporat itu semakin tipis.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Hsien Loong dijangka kekalkan pengaruh dalam kerajaan Singapura - Pakar
Timbalan Pengarah Eksekutif Institut Asia Eropah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Roy Anthony Rogers berkata Bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dijangka akan terus mengekalkan pengaruhnya dalam Kerajaan, walaupun sudah melepaskan jawatan utama republik itu. Menurutnya, ini merupakan amalan politik Singapura yang wajar dikekalkan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000
Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh.
13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.
Bot terbalik, pemancing udang ditemukan lemas
Mayat Hussin ditemukan terapung di permukaan sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 7.45 pagi ini.
Lima lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu ditemukan selamat
Lima lelaki yang dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Tebu, Jabi di sini ditemukan selamat pada Sabtu.
Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz
Seorang bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz di Besut pada pagi Selasa.
Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
Hafizah 30 juzuk al-Quran raih markah ACCA kedua tertinggi dunia
Safwa Zamri yang bergelar hafizah ketika berusia 14 tahun meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023.
Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan
Berdasarkan keputusan dibuat pada minggu lepas, Che Mohamad Zulkifly digantung tiga hari dan hanya dibenarkan masuk semula ke Dewan pada Selasa.
Ingkar arahan Timbalan Speaker, Ahli Parlimen Besut digantung tiga hari
Keputusan itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor selepas Ahli Parlimen itu tidak duduk walaupun sudah diberi amaran sebanyak tiga kali.