KUALA LUMPUR:Beliau bukan seorang ahli politik dan tidak pernah cenderung ke arah itu, tokoh bank dan kini merupakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz tekad untuk kekal sebagai seorang ahli teknokrat dan akan terus memastikan kehidupan dan mata pencarian rakyat negara ini dilindungi terutama dalam situasi penularan pandemik kesihatan pada masa ini.
"Saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politikpun dan sebagai mana yang anda tahu, pada masa ini saya bukan ahli mana-mana pihak," kata beliau ketika ditanya sekiranya beliau berminat untuk menyertai politik dan seterusnya menjadi wakil rakyat.
Ada banyak lagi tugas yang perlu dilakukan untuk merancakkan ekonomi dan itulah fokus utama sekarang, kata beliau.
"Saya ingin memberi tumpuan bagaimana saya boleh membantu Malaysia memerangi COVID-19 dan meningkatkan kedudukan ekonomi kita. Jadi, fokus saya sekarang ialah terhadap ekonomi," kata Tengku Zafrul kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
"Oleh itu, buat masa ini, saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik," kata beliau yang percaya akan kemampuannya dalam membangunkan ekonomi negara yang terjejas oleh pandemik kesihatan tanpa perlu berpolitik.
Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan penguncupan -2.7 peratus pada suku ketiga 2020 berbanding -17.1 peratus pada suku kedua, mengambil kira tempoh tujuh minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac yang dikuatkuasa bagi membendung penularan COVID-19.
Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai Senator pada 10 Mac, 2020 berikutan pelantikannya sebagai Menteri Kewangan.
Kerajaan telah melonggarkan sekatan PKP pada 4 Mei dan perniagaan dibenarkan menyambung operasi mengikut sektor dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.
Berikutan itu, kadar pengangguran telah menurun kepada 4.6 peratus pada September daripada 5.3 peratus pada Mei tahun ini.
Pelbagai pakej rangsangan juga telah diperkenalkan iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Prihatin SME+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin - keseluruhannya bernilai RM305 bilion setakat ini.
Berasal dari dunia korporat, beliau baru-baru ini menerima kecaman ketika mengumumkan beberapa inisiatif baharu semasa sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021.
Mempertahankan tindakan itu, beliau berkata - mungkin dalam situasi luar biasa, memerlukan langkah dan tindakan yang luar biasa juga.
Menerusi catatan di Facebook, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa inisiatif itu bukan cadangannya tetapi datang daripada penggubal undang-undang itu sendiri semasa sesi perbahasan di parlimen.
"Kesemua penambahbaikan yang diumumkan adalah hasil cadangan daripada ahli-ahli Yang Berhormat (YB) sendiri -- baik daripada kerajaan mahupun pihak pembangkang," kata beliau.
"Contohnya, cadangan untuk memanjangkan pemberian khas secara 'one-off' kepada petugas barisan hadapan yang diiktiraf di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dibangkitkan oleh, antara lain, YB Pontian, YB Ipoh Barat, YB Hulu Rajang dan YB Lembah Pantai - kesemuanya daripada parti politik yang berbeza," kata Tengku Zafrul.
Keputusan untuk memanjangkan bantuan dibuat setelah mengambil kira hujahan-hujahan di Parlimen seperti gelombang ke-3 COVID-19 yang kian menular dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.
Begitu juga penambahan pemberian program eBelia daripada RM50 kepada RM100, dan perluasannya kepada 1.1 juta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan IPT swasta.
"Tetapi dalam perkhabaran baik ini, saya ada pengakuan - kerajaan tidak mampu menerima atau melaksanakan kesemua cadangan yang dibangkitkan."
"Seperti yang saya sebut ketika penggulungan tempoh hari, peranan kerajaan adalah untuk sentiasa mengimbangi kepentingan-kepentingan yang pelbagai - baik dari segi implikasi kos, memastikan penerima adalah yang benar-benar memerlukannya, implikasi kepada pasaran atau penarafan ekosistem perbendaharaan negara. Saya akui, ia bukan sesuatu yang mudah."
"Namun, apabila berbangkitnya pertembungan antara kepentingan-kepentingan ini, kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tiada kompromi," jelas beliau. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020
Kata Tengku Zafrul, tumpuan beliau pada masa ini ialah membantu Malaysia memerangi COVID-19 dan meningkatkan kedudukan ekonomi negara. - Gambar BERNAMA
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Tidak sehaluan dengan UMNO Selangor, Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari
Tengku Zafrul kecewa dengan perancangan kebangkitan parti di negeri itu yang hambar dan tidak sehaluan dengan tema di UMNO Pusat.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
PM dijangka bertemu 28 kapten industri Jerman, fokus laksana komitmen pelaburan - Tengku Zafrul
Dalam tiga hari berasingan, PM akan bersemuka dengan pemain-pemain industri untuk jawab segala tanda tanya mengenai ekonomi Malaysia.
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.
Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asingbekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.