Nasib etnik Rohingya mendapat perhatian pada persidangan tiga sayap UMNO hari ini, dengan Pemuda UMNO mendesak keanggotaan Myanmar dalam ASEAN dikaji semula berikutan penindasan dan kekejaman terhadap etnik itu.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata prinsip tidak campur tangan tidak boleh diguna pakai apabila berlakunya pemusnahan etnik besar-besaran dalam sebuah negara ASEAN.
Pemuda UMNO juga mendesak kerajaan Myanmar untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan segala bentuk kekejaman terhadap etnik itu dengan serta-merta
"Saya ingin menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan kezaliman yang dilakukan ke atas bangsa Rohingya di Myanmar yang amat tidak berperikemanusiaan dan sama sekali tidak boleh diterima oleh mana-mana manusia yang punya akal, hati dan jiwa," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
BACA: LAPOR LANGSUNG Perhimpunan Agung UMNO 2016 (Hari Kedua)
Pada awal ucapannya, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut menarik perhatian perwakilan dengan satu klip video yang menunjukkan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.
Puteri UMNO yang turut mengecam pembantaian dan pembersihan etnik Rohingya yang melanda wilayah utara Rakhine sejak beberapa bulan lalu dengan menggesa semua pihak khususnya badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil ketetapan segera menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Myanmar itu.
Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut mendesak supaya Jawatankuasa Anugerah Nobel menarik balik anugerah Nobel Keamanan kepada Menteri Luar Negeri dan kaunselor kerajaan Myanmar Aung San Suu Kyi.
"Di sana kini, rumah-rumah etnik Rohingya dibakar. Golongan wanita dirogol bergilir-gilir sebelum dipenggal lehernya. Kanak-kanak yang belum lagi mengenal makna kehidupan dirampas di hadapan ibu bapa dan sehingga kini tidak pulang-pulang.
"Ibu-ibu mengandung dibelah perutnya. Umat Islam pula dipaksa menukar agama atau dibunuh," katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya sempena persidangan pergerakan itu di PWTC di sini hari ini.
Dalam pada itu Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan mahu semua pihak mengambil iktibar daripada peristiwa pahit itu kerana ia tidak mustahil berlaku di negara ini sekiranya alpa. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2016
Tumpuan ketiga-tiga sayap UMNO untuk menghentikan segala bentuk kekejaman terhadap warga Rohingya serta-merta. - Gambar fail
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.