awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SC gantung lesen Nazri Khan berdasarkan bukti

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2022
09:32 MYT
SC gantung lesen Nazri Khan berdasarkan bukti
Pengerusi SC, Datuk Seri Awang Adek Hussin nafi pihaknya lambat bertindak kerana setiap aduan yang diterima dinilai dan disusuli dengan tindakan yang tidak terburu-buru.
KUALA LUMPUR : Penggantungan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM), Datuk Nazri Khan Adam Khan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa sejak 6 Oktober lalu dibuat berdasarkan bukti-bukti yang diterima.
Dalam masa yang sama, Pengerusi SC, Datuk Seri Awang Adek Hussin nafi pihaknya lambat bertindak kerana setiap aduan yang diterima dinilai dan disusuli dengan tindakan yang tidak terburu-buru.
"Sebab itu, kadang-kadang orang merasakan SC ini lambat nak bertindak. Mengapa lambat sangat? Sebenarnya bukan lambat. Kita perlu kumpul bukti-bukti. Kita tak mahu asalkan orang buat aduan, kita terus hantar pasukan kita pergi menggeledah syarikat itu.
"Apa akan terjadi kepada syarikat kalau ia tersenarai di Bursa Malaysia, harga saham akan jatuh apabila orang tahu SC sudah pergi kepada syarikat A, B, C itu.
"Jadi kita kena ambil tindakan bahawa memastikan bukti ini jelas, nyata dan cukup untuk kita mengambil tindakan. Apa-apa tindakan oleh SC, percaya dan yakinlah bahawa tindakan ini adalah wajar selepas kita kaji dan nilai bahan bukti dan sebagainya," katanya kepada media selepas hadir melancarkan Pameran Pendidikan Pelabur sempena bulan celik kewangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
BACA: SC gantung lesen Nazri Khan selama enam bulan
Bagaimanapun jelasnya, mana-mana pihak yang digantung lesen berhak membuat rayuan kepada suruhanjaya itu.
"Kita tak nak cakap lebih lanjut sebab dalam proses rayuan. Kita bagi dia rayuan. Kalau saya cakap banyak nanti macam mana, ini peluang rayuan belum digunakan.
"Jadi kita bagi proses ini dengan telus. Kita tidak ada masalah dengan sesiapa pun. Kita cuma mahu memastikan kepentingan pelabur dan pasaran adalah dilindungi, itu sahaja," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Nazri Khan
#penggantungan lesen
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#Awang Adek Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan