SHAH ALAM: Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) mendakwa ada sindiket penipuan boleh mengintip dan membaca kod pengesahan transaksi (TAC) melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Presidennya, Siraj Jalil berkata, sindiket berkenaan dipercayai menggunakan perisian hasad untuk menceroboh peranti sehingga mengakibatkan mangsa kehilangan wang dari akaun bank mereka.
"Sindiket penipuan itu menggunakan kaedah phishing dengan menghantar perisian hasad melalui pautan yang diberikan kepada mangsa," katanya pada majlis pelancaran buku 'Korupsi, Kemunafikan Dalam Politik Melayu' di Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Siraj berkata, pihaknya juga menerima aduan daripada mangsa yang mendakwa duit dari akaun bank hilang walaupun tidak memberikan TAC kepada individu lain.
"MCCA menyarankan pihak perbankan agar memperketatkan lagi dengan mewujudkan lapisan keselamatan akaun pengguna.
"Orang ramai pula perlu sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsi butiran peribadi mereka dengan mana-mana pihak bagi meminimumkan penipuan atau menekan sebarang pautan mencurigakan," tegasnya.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia dalam kenyataan melalui Facebook menasihatkan orang ramai tidak menyerahkan kod TAC atau berkongsi kepada pihak lain sekiranya tidak membuat sebarang transaksi di mana-mana perbankan internet.
Orang ramai diminta menghubungi pihak bank dengan segera jika menerima sebarang nombor TAC bagi transaksi yang tidak dilakukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 23 2022
Orang ramai diminta menghubungi pihak bank dengan segera jika menerima sebarang nombor TAC bagi transaksi yang tidak dilakukan. - Gambar hiasan
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
'Scammer' intip, baca kod TAC
Sindiket berkenaan dipercayai menggunakan perisian hasad untuk menceroboh peranti sehingga mengakibatkan mangsa kehilangan wang.
Jururawat rugi RM30,000 tersalah hantar nombor TAC
Mangsa berbuat demikian tanpa menyedari ia taktik sindiket penipuan untuk melesapkan wang dalam akaun banknya.
75 kes menyamar rakan untuk pinjam wang babitkan kerugian lebih RM300,000
Menurut polis, jumlah itu meningkat berbanding 68 kes (RM346,349) sepanjang 2020.
Guru kelas bimbingan rugi lebih RM57,000 selepas dedah maklumat bank kepada pihak ketiga
Mangsa yang berusia 57 tahun mendedahkan maklumat akaun bank dan kod keselamatan TAC miliknya kepada 'pegawai bank'.
Penipuan nombor TAC: Kerani rugi RM8,888.88
Mangsa mendakwa menerima SMS daripada bank memaklumkan terdapat transaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar daripada akaunnya ke akaun lain.
Kepusatan ASEAN antara yang ditekankan Malaysia di Manila
Kementerian Luar semasa mesyuarat itu telah menekankan kepusatan ASEAN merupakan langkah penting di dalam memacu agenda Pembinaan Komuniti ASEAN ke tahap yang lebih tinggi.