MALAYSIA
'Scammer' menyamar guna nama, gambar MB Selangor

Gambar Amirudin digunakan oleh sindiket penipuan untuk menjalankan kegiatan terbabit menerusi aplikasi WhatsApp. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Kegiatan sindiket penipuan menggunakan nama dan gambar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah dikesan menerusi aplikasi WhatsApp.
Amirudin menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan pihak tersebut menggunakan nombor 01162232985 untuk melakukan kegiatan terbabit.
Menurutnya, akaun tersebut adalah palsu dan berbentuk penipuan.
"Saya dimaklumkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar saya bagi melakukan aktiviti penipuan di aplikasi WhatsApp menggunakan nombor 01162232985."Ini adalah palsu dan merupakan satu bentuk ‘scam’. Sila ambil maklum dan berhati-hati," katanya dalam hantaran tersebut pada Rabu. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami