NATIONAL
SDSI Wilayah Borneo lonjak produk setempat jadi industri berdaya maju - Ewon

Ewon bersama Andi Muhammad Suryady Bandy dan Khairul Dzaimee Daud ketika melancarkan Garis Panduan Pelaksanaan SDSI 2.0 pada Majlis Pelancaran Program Showcase SDSI Wilayah Borneo di Tawau. - Gambar KUSKOP
KUALA LUMPUR: Program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Borneo merupakan program pembangunan ekonomi yang diterajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang inklusif kepada perusahaan SDSI dan usahawan setempat.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata objektif penganjuran program SDSI adalah untuk melonjakkan produk setempat sebagai industri yang berdaya maju seiring dengan pembangunan usahawan yang berdaya saing.
"Di SDSI Wilayah Borneo, KUSKOP dengan kerjasama kerajaan dan agensi negeri telah membawakan 120 produk unik SDSI dari seluruh negeri di Malaysia ke negeri Sabah. Produk-produk ini meliputi makanan dan minuman, hasil kraf, inap desa serta produk dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada pengunjung.
“Ianya menyediakan platform pengkomersialan, menerusi pameran dan jualan produk-produk beridentitikan sesebuah daerah di bawah cluster makanan, minuman, produk, perkhidmatan kesihatan, hasil kraf dan inap desa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.SDSI Wilayah Borneo diadakan bersempena Program Madani Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 9 sehingga 11 Mei lalu.
Tambah beliau, pengunjung juga berpeluang menikmati aktiviti Jualan Murah MADANI iaitu aktiviti jualan murah barangan runcit serta keperluan harian yang melibatkan hampir 200 jenis barangan ditawarkan potongan harga sehingga 30 sehingga 40 peritus.
“Terdapat juga penganjuran aktiviti padanan perniagaan (PADANIAGA) yang member ruang kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran baharu serta BIAYA Usahawan yang member akses kepada usahawan untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan dengan institusi pembiayaan Kerajaan dan swasta.
“Pelbagai acara sampingan turut diadakan seperti penampilan influencer dan penyanyi kelahiran Sabah Bella Astillah, serta Konsert Mega Tawau, melibatkan artis terkenal Malaysia termasuk Datuk Awie, Stacy, Akim, dan Felix Agus.
“Selain itu, terdapat juga akvitiviti-aktivitidan tarikan-tarikan lain sepert iPertandingan Video Kreatif SDSI Borneo, Selera Bawah Bayu, reruai jualan dan demonstrasi produk, sesi pemadanan perniagaan dengan pasaraya-pasaraya besar tempatan yang melibatkan anchor bagi memberi peluang pasaran,” tambahnya.
Pada majlis itu, Datuk Ewon Benedick turut merasmikan peluncuran pelaksanaan Garis Panduan Program Satu Daerah Satu Industri 2.0 bertujuan memperkemaskan lagi gerak kerja pembangunan industri SDSI diseluruh negara.
Beliau juga telah menyampaikan cek cura geran pembiayaan di Bawah Fasa 3: Pembangunan Industri SDSI berjumlah RM1,500,000.00 di mana akan memberi manfaat kepada tujuh industri yang akan dibangunkan oleh pihak KUSKOP dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada tahun 2025.
Selain itu, beliau juga turut telah menyampaikan bantuan pembiayaan menerusi geran dan pinjaman di bawah Agensi KUSKOP dengan nilai pembiayaan keseluruhan berjumlah RM31.75 juta.
Beliau menambah, Program Pembangunan Usahawan SDSI merupakan program pembangunan ekonomi yang dijalankan secara komuniti dan dapat member manfaat langsung kepada produk/perkhidmatan yang berasaskan alam semula jadi setempat.
“Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) merupakan agensi pelaksana di bawah KUSKOP yang mengenal dan membangunkan industri yang berdaya saing untuk diketengahkan bersama-sama dengan kerajaan negeri.
“Justeru, pelaksanaan program ini menumpukan kepada projek keusahawanan yang dijalankan oleh kumpulan, koperasi, persatuan, syarikat persendirian dalam rantaian industri yang melibatkan komuniti setempat, mempunyai perkhidmatan, produk yang mempunyai keunikan ciri, keistimewaan setempat yang dapat memberikan identiti atau imej daerah tertentu.
“Selain itu, SDSI turut memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Selaras dengan aspirasi MADANI iaitu ehsan dan kesejahteraan, program ini diyakini dapat memberikan suntikan semangat kepada usahawan tempatan untuk terus kekal maju dan berdaya saing dalam operasi perniagaan mereka dan seterusnya menyumbang kepada produktiviti negara,” jelasnya.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami