awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah

Bernama
Bernama
08/08/2024
12:20 MYT
Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Prosiding hari ini adalah bagi mendengar fakta kes dan rayuan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki Rohingya yang sebelum ini mengaku menyebabkan kematian rakan senegaranya tujuh tahun lepas, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.
Mohamad Qarim Abdul Razak, 42, menukar pengakuan selepas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibacakan dalam Bahasa Myanmar di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.
Pada 29 Julai lepas, dia mengaku menyebabkan kematian Abdul Khalid Abdul Hadir di Jalan Pak Madah, Bukit Payung, Marang pada 11.20 malam 18 Mac 2017 bersama tiga lagi rakannya yang telah dijatuhi hukuman.
Prosiding hari ini adalah bagi mendengar fakta kes dan rayuan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.
Mahkamah menetapkan 7 Okt depan untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Hassan membenarkan permohonan peguam Mazlan Md Zain daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh menarik diri atas faktor kesihatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi
#Rohingya
#fakta kes
#faktor kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan