awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebabkan kematian tanpa niat, dua beradik bersama tiga rakan dihukum penjara 18 tahun

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/06/2023
07:14 MYT
Sebabkan kematian tanpa niat, dua beradik bersama tiga rakan dihukum penjara 18 tahun
Kelima-lima tertuduh ketika hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
IPOH: Lima lelaki termasuk dua beradik yang sebelum ini didakwa membunuh seorang penagih dadah dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Jumaat selepas didapati bersalah menyebabkan kematian mangsa, lima tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Su Tiang Joo menjatuhkan hukuman itu ke atas C. Sathis, 29, dan adiknya, Kartik Krishnan, 24, serta J. Jaya Ganesh, 25; A. Arjun, 26 dan V. Sivabalan, 24, selepas pertuduhan membunuh Chung Thian Keong, 54, dipinda kepada menyebabkan kematian tanpa niat.
Mahkamah memutuskan hukuman penjara ditetapkan bermula dari tarikh kesemua tertuduh ditangkap pada 18 Mei 2018.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dalam mencapai niat bersama telah membunuh Thian Keong di tepi sungai berhampiran Kampung Baru Chenderong, Jalan Tanjung Tualang dalam daerah Batu Gajah, antara pukul 7 petang pada 17 Mei 2018 hingga 7 pagi 18 Mei 2018.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pada 16 Februari lalu, mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya semua keterangan-keterangan yang dikemukakan dikaji semula.
Mahkamah membenarkan permohonan itu selepas menimbangkan ia melibatkan pertuduhan yang serius.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saifulakmal Mod Said manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Charan Singh.
Topic Berkaitan
#bunuh penagih
#Mahkamah Tinggi Ipoh
#dua beradik dipenjara
#bunuh tanpa niat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan