awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebanyak 46 Tamu Desa Sabah dibina, dinaik taraf tahun ini

Bernama
Bernama
16/07/2025
20:45 MYT
Sebanyak 46 Tamu Desa Sabah dibina, dinaik taraf tahun ini
Ewon menyampaikan watikah pelantikan kepada 15 pegawai daerah dan pengerusi MPUKPPD serta surat kuasa pelaksanaan projek pembangunan Tamu Desa bagi 15 daerah terlibat, di Kota Kinabalu, 16 Julai 2025. - Foto X @Ewon_Media
KOTA KINABALU: Sebanyak 46 Tamu Desa di seluruh Sabah dikenal pasti untuk dibina atau dinaik taraf pada tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata projek itu akan dilaksanakan menerusi 28 pejabat daerah penuh dan daerah kecil dengan peruntukan keseluruhan RM10 juta di bawah peruntukan pembangunan premis Tamu Desa oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
"Pada tahun ini, kita menerima peruntukan RM10 juta di bawah Belanjawan 2025 bagi melaksanakan pembangunan premis Tamu Desa.
"Semasa perasmian penutupan Program MADANI Rakyat Sabah di Tawau pada 11 Mei tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi meneruskan pembangunan premis Tamu Desa di Sabah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ewon berkata beliau akan ke Sarawak untuk berbincang mengenai pelaksanaan pembangunan Tamu Desa Sarawak tahun ini.
"Status tanah tapak Tamu Desa kini perlu disahkan oleh pejabat daerah bagi mengelakkan isu pertikaian, dengan 15 pejabat daerah telah memberikan ulasan dan pengesahan bertulis mengenai tapak-tapak yang tidak mempunyai isu," katanya, sambil berharap projek itu dapat memberikan kemudahan yang selesa kepada usahawan tamu dan peniaga kecil.
Terdahulu, Ewon menyampaikan watikah pelantikan kepada 15 pegawai daerah sebagai pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah (MPUKPPD) serta surat kuasa pelaksanaan projek pembangunan Tamu Desa bagi 15 daerah yang terlibat di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ewon Benedick
#tamu desa
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#Belanjawan 2025
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan