KUALA LUMPUR: Sebanyak 496 notis telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sehingga semalam menerusi Ops Kesan 2024 terhadap peniaga-peniaga yang didapati melakukan perubahan pada harga jualan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata peniaga yang didapati melakukan kesalahan itu perlu menjawab notis berkenan dalam tempoh yang ditetapkan, mengenai asas dan justifikasi mengapa perubahan (harga) dilakukan.
"Ops Kesan 2024 dijalankan sejak 1 Mac lepas bertujuan bagi memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat perubahan harga berikutan peningkatan kadar Cukai Perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus.
"Menerusi operasi yang sama, sejumlah 23,562 premis termasuk di bazar Ramadan dan Aidilfitri juga telah diperiksa oleh KPDN di seluruh negara sejak 12 Mac hingga semalam bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.
Dalam tempoh berkenaan juga, Armizan berkata KPDN menerima sejumlah 726 aduan daripada pengguna di seluruh negara berhubung isu ketidakpatuhan harga.
"Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan digunakan untuk membendung sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab berhubung kenaikan harga (barang) sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri, termasuk di bazar-bazar Ramadan," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Datuk Armizan Mohd Ali berkata peniaga yang didapati melakukan kesalahan itu perlu menjawab notis berkenan dalam tempoh yang ditetapkan, mengenai asas dan justifikasi mengapa perubahan (harga) dilakukan. - Foto BERNAMA
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
UNRWA lapor 450,000 penduduk Rafah tinggalkan kediaman susulan serangan bom berterusan Israel
"Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."
Ops Kesan: Belum ada petunjuk baharu jejak Acap
Operasi yang bermula seawal 7 pagi itu berakhir sekitar jam 2 petang dengan kekuatan lebih 200 anggota dan pegawai polis.