Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil hari ini hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakannya berkongsi berita palsu tentang jangkitan 2019 novel koronavirus.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, 40, tiba di Menara SKMM, di sini bersama peguamnya Zamri Idrus pada pukul 3.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira 5.45 petang.
Zed Zaidi yang ditemui memaklumkan telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menyiasat kes itu.
"Untuk yang di luar sana berhati-hati bila post (membuat hantaran di media sosial)," katanya ringkas.
Sementara Zamri berkata anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana berkongsi gambar berita palsu di laman Twitter kononnya semua negara telah menyekat kemasukan pelancong China kecuali Malaysia.
Beliau berkata kad sim Zed Zaidi turut diambil dan direkodkan oleh SKMM.
[LAPOR LANGSUNG] Kecemasan peringkat antarabangsa
"Kami dimaklumkan tadi oleh pihak SKMM, sekiranya ada keperluan untuk mereka mendapatkan butiran lanjut daripada Zed, mereka akan panggil (semula)...itu sahaja," katanya.
Ditanya sama ada Zed Zaidi sememangnya berniat untuk menyebarkan berita tidak sahih atau menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat, Zamri berkata perkara yang ditulis di laman Twitter itu hanyalah satu persoalan peribadi.
"Tidak sama sekali, itu memang disahkan oleh Zed sendiri. Tidak ada niat apa pun," katanya.
Pelakon itu baru-baru itu berkongsi berita palsu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia - All countries has banned Chinese tourist except Malaysia yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook dan Twitternya.
Selain Zed Zaidi, SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini turut merekodkan keterangan pemilik laman sesawang "Oh My Media" Mohd Khairul Anuar Rosli, 30, dan seorang lagi orang awam kerana berkongsi berita palsu mengenai kedatangan ratusan pelancong China di Pulau Langkawi, Kedah yang didakwa lari daripada wabak koronavirus di negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 31 2020
Zed Zaidi, 40, (kanan) hadir untuk memberi keterangan berhubung tindakannya berkongsi berita palsu tentang jangkitan 2019 novel koronavirus di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini. - Foto BERNAMA
[INFOGRAFIK] Fakta penting Pemilihan Presiden AS 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta penting Pemilihan Presiden AS 2024.
Polis KL tawar 50 peratus diskaun saman bermula esok hingga Sabtu
ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kaunter akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dan orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai.
Bantu kemasukan pelajar termasuk aduan buli
Kolej Poly - Tech MARA ( KPTM) melancarkan aplikasi mudah alih KPTM pocket membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia( SPM) mendapat maklumat dan rujukan untuk menyambung pengajian di KPTM.
Parti Republikan saman 7 daerah di Georgia - Dokumen mahkamah
Menurut dokumen itu, tujuh daerah tersebut memberi peluang kepada pengundi untuk memberikan undi mereka melalui undi pos pada hujung minggu dan Isnin.
Wanita didenda RM2,500 sebabkan kematian tanpa niat warga emas
Siti Nuridah Jumali, 24, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
KPTM lancar aplikasi 'KPTM Pocket' bantu kemasukan pelajar, aduan buli
KPTM melancarkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai 'KPTM Pocket' bagi membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat maklumat dan rujukan untuk menyambung pengajian di KPTM.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia termasuk artis dihantar ke Penjara Narathiwat
Keenam-enam rakyat Malaysia yang disyaki memiliki dadah jenis pil kuda dihantar ke Penjara Narathiwat untuk tempoh 84 hari sebelum dibicarakan atas dua pertuduhan.
Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'
Prabowo Subianto berhasrat menjadikan Bali sebagai "Singapura Baharu" atau "Hong Kong Baharu".
"..PAS adalah parti ajaran sesat, sanggup beliau terima?" - RSN Rayer
Ahli Parlimen Jelutong membidas kenyataan YB Pendang yang menyebut bahawa adakah parti DAP adalah malaikat. Beliau menggunakan peraturan mesyuarat 36 (6) iaitu mendatangkan sangkaan jahat terhadap ahli yang lain.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Menangani stigma dan menyokong pesakit psoriasis
Psoriasis disebabkan oleh tindak balas imun badan yang tidak normal dan dihidapi oleh hampir dua hingga tiga peratus penduduk global.
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.
Polis sahkan video tular kejadian culik kanak-kanak di Labu adalah palsu
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pemilik akaun yang memuat naik video tersebut yang boleh menggugat keamanan awam.
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.