awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebarang pergerakan 7 malam - 7 pagi perlu kebenaran JPBN Sarawak

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
24/03/2020
15:23 MYT
Sebarang pergerakan 7 malam - 7 pagi perlu kebenaran JPBN Sarawak
Langkah itu merupakan salah satu inisatif diambil Kerajaan Sarawak dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19. - Foto Astro AWANI.
Setiap individu di negeri memerlukan kelulusan perjalanan khas untuk keluar secara terbuka selepas jam 7 malam hingga 7 pagi.
Ia susulan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mempertingkatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baharu di mana tiada operasi premis dijalankan dari jam 7 malam hingga 7 pagi.
Malah, arahan itu juga bukan pengisytiharan perintah berkurung.
Permit khas itu boleh didapatkan daripada JPBN di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Kata Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas sesiapa yang keluar dalam tempoh itu akan ditahan oleh pihak berkuasa di bawah PKP.
"Jika anda perlu keluar dengan alasan bekerja selepas pukul 7 malam, anda boleh menulis kepada JPBN dan kami akan menilai permintaan anda bergantung pada keperluan sebelum ia diluluskan," katanya seperti dipetik dayakdaily.com.
BACA: Waktu operasi kedai makan, stesen minyak, klinik swasta di Sarawak dipendekkan
Tegas Uggah sesiapa yang ditahan akan diambil tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dipenjarakan sehingga dua tahun, denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar bandar raya Kuching malam ini, beberapa sekatan jalan raya dilaksanakan oleh pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan tiada masyarakat keluar tanpa tujuan penting.
Berikut adalah surat permohonan yang dikeluarkan JPBN Sarawak:
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Douglas Uggah Embas
#JPBN Sarawak
#perintah kawalan pergerakan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan