Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan bersetuju dengan pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai dengan mengambil kira ia sebagai kaedah mendidik dan bukannya menghukum.
Bahkan menurut Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, hukuman rotan ke atas kesalahan zina, mukadimmah zina, meminum minuman keras, bersubahat dan liwat mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Kelantan sudah lama dilaksanakan sejak tahun 1987 dalam penjara.
Justeru, tidak timbul isu jika hukuman ini dilaksanakan di khalayak umum kerana hukuman rotan sudah lama dijalankan ke atas pesalah syariah di dalam penjara yang disaksikan pegawai agama dan penjara.
Hukuman sebat di khalayak ramai mengikut hukum syariah Islam tidak menyakitkan atau menganiaya pesalah kerana ianya berbentuk didikan.
"Ia menepati kehendak Islam dan Al-Quran, kena bagi saksi kesalahan. Ini supaya mendapat keinsafan tidak merupakan satu penyeksaan, sebatan sivil lagi tidak wajar dengan cara berat sangat menyeksa, kita doktor ada sama, tempat itu mahkamah tengok perkarangan masjid dan sebagainya mana-mana tempat yang munasabah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, orang bukan islam diminta tidak bimbang mengenai pelaksanaan sebat di khalayak ramai kerana ia hanya terpakai kepada umat Islam.
Justeru tiada alasan untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan itu.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lain membolehkan pesalah syariah disebat di khalayak ramai selain meningkatkan denda dan tempoh penjara.
Muhafandi Muhamad
Thu Jul 13 2017
Menurut Daud, tidak timbul isu jika hukuman ini dilaksanakan di khalayak umum kerana hukuman rotan sudah lama dijalankan ke atas pesalah syariah di dalam penjara yang disaksikan pegawai agama dan penjara. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat dijalankan berasingan bagi pesalah pelbagai tuduhan
Keputusan itu dikemukakan oleh panel tiga hakim dalam kes melibatkan seorang kelindan lori yang disabitkan atas tiga pertuduhan memiliki dadah.
Buruh binaan individu pertama di Terengganu dihukum sebat kerana berkhalwat
Hakim Syarie Hamidi Shafie menjatuhi hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 selepas Mohd Affendi Awang, 42, mengaku bersalah.
Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih.
Kaji hukuman alternatif ganti sebatan - Wan Junaidi
Hukuman sebatan sehingga 15 kali dianggap keterlaluan kerana hanya dengan tiga sebatan boleh 'menghancurkan daging' seseorang.
Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat
Pendekatan itu merupakan salah satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.
Seks luar nikah: Lelaki pengsan sewaktu dihukum sebat 100 kali
Hukuman sebat di kawasan terbuka itu dijalankan di perkarangan Masjid Agung Al Munawarah di Janthoe, Aceh Besar.
Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat
Golongan yang aktif dengan permainan PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam di Aceh.
Cabul dan ugut bunuh anak saudara, pemuda dihukum penjara dan sebat
Tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan mengikut seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Penggubal akta kesalahan zina dihukum sebat gara-gara berkhalwat dengan isteri orang
Mukhlis disebat di khalayak umum setelah dia disabitkan kesalahan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang sudah menikah.
Aceh perkenal hukuman 100 kali sebatan bagi pemburu haram hidupan liar
Hukuman sebat 100 kali menggunakan rotan adalah sebagai tambahan kepada hukuman penjara di bawah undang-undang sedia ada.