Undang-undang terhadap panggilan palsu perlu diperketatkan bagi memastikan individu yang bertanggungjawab dikenakan hukuman yang setimpal.
Menurut pakar kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr P Sundramoorthy, ancaman bom palsu yang semakin meningkat akan memberikan impak besar kepada masyarkat.
Prof Sundramoorthy berpendapat, isu panggilan bom palsu perlu diambil serius.
Jelasnya, ancaman bom palsu memberi impak negatif kepada emosi mangsa atau pihak yang terbabit serta memberi kesan kos yang tinggi apabila sesebuah bangunan terpaksa dikosongkan.
“Pertama sekali orang yang membuat panggilan atau wakil sesuatu kumpulan itu perlu tahu bahawa bila panggilan itu dikesan oleh polis, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 506 atau 507 Kanun Keseksaan.
“Walau bagaimanapun, di Malaysia hukuman bagi 506 ialah maksima 6 hingga 7 tahun penjara, dan untuk seksyen 507 adalah dua tahun penjara,” katanya.
Selain itu, Prof Sundramoorthy turut berpandangan bahawa hukuman yang lebih berat harus dikenakan.
Tambahnya, pindaan terhadap Kanun Keseksaan berhubung ancaman bom juga perlu disertai dengan hukuman sebat.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Semalam, hampir 1,000 kakitangan Bursa Malaysia Berhad dan Astro AWANI dikejutkan dengan panggilan ancaman bom pada kira-kira jam 12 tengah hari.
BACA: Bursa Malaysia dikosongkan susulan ancaman bom pagi Jumaat
BACA: Kronologi ancaman bom di kompleks Bursa Malaysia
Suspek turut mengancam untuk meletupkan kuil Kortumalai Sri Ganesar yang terletak berhampiran dengan bangunan Bursa Malaysia.
Bagaimanapun, pada jam 4 petang, polis mengesahkan tidak menemui apa-apa objek yang menyerupai bom selepas pemeriksaan dijalankan selama lebih dua jam.
Nuradilla Noorazam
Sat Oct 01 2016

Pada Jumaat, hampir 1,000 kakitangan Bursa Malaysia Berhad dan Astro AWANI dikejutkan dengan panggilan ancaman bom pada kira-kira jam 12 tengah hari. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Umar mahu kekal momentum rekod kebangsaan di Hangzhou
Umar nyatakan hasrat untuk mencapai sasaran masa di bawah 46 saat sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik temasya berkenaan.
AWANI 7:45 [27/09/2023] - Desas-desus rombakan Kabinet | Mangsa banjir di Kedah meningkat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
AWANI Ringkas: Rombakan Kabinet | Tidak perbincangan | Hadapi banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hasil Perbendaharaan AS naik, ringgit ditutup rendah cecah 4.70
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam.

Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB
Walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.

Malaysia kekal berkecuali walaupun jalin kerjasama dengan China dan AS
Malaysia tidak pernah mengubah pendirian itu malah kedua-dua kuasa besar kekal sebagai pelabur terbesar di negara ini.

Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan.
Malaria kembali: Apa perlu anda tahu?
Malaria, sebuah penyakit yang mungkin sudah semakin tidak didengari, kini kembali mengancam nyawa warga Malaysia susulan peningkatan kes di Kelantan. Apa sebenarnya penyakit ini dan bagaimana kita boleh melindungi diri dan individu tersayang?
China tidak peduli langkah tegas Filipina
Kerajaan China kekal dengan pendiriannya untuk terus berada di lautan China Selatan, meskipun setelah Filipina mengalihkan penghalang terapung yang dipasang Beijing baru-baru ini.
Ketegasan itu disuarakan Kementerian Luarnya pada Rabu.
Ketegasan itu disuarakan Kementerian Luarnya pada Rabu.
Negara anggota NATO adakan latihan ketenteraan di Bulgaria
Anggota tentera Bulgaria mengadakan latihan ketenteraan bersama enam negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di lapang sasar Novo Selo pada Selasa.
Latihan itu diadakan bagi meningkatkan tahap pertahanan dan kerjasama antara negara anggota sekiranya berdepan dengan sebarang ancaman ataupun serangan.
Latihan itu diadakan bagi meningkatkan tahap pertahanan dan kerjasama antara negara anggota sekiranya berdepan dengan sebarang ancaman ataupun serangan.

Polis minta MCMC, CSM jejak sumber e-mel ancaman bom di Bank Negara
Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Cyber Security Malaysia bagi menjejak sumber e-mel berhubung ancaman bom di Bank Negara.

Polis nafi ancaman bom di Bank Negara Malaysia - Ketua Polis KL
Polis Kuala Lumpur menafikan satu ancaman bom berlaku di Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu.

Ditutup gara-gara ancaman bom, Aeon Mall Klebang kembali beroperasi esok
Pusat membeli-belah AEON Mall Klebang akan beroperasi seperti biasa esok.

Ancaman bom: Aeon Mall Klebang dikosongkan
Bangunan membeli-belah Aeon Mall Klebang di Ipoh dikosongkan berikutan panggilan dipercayai ancaman bom.

Ancaman bom dalam penerbangan India, penumpang diarah pindah
Pihak berkuasa lapangan terbang di New Delhi mengarahkan pemindahan penumpang dari penerbangan ke Pune selepas menerima panggilan ancaman bom.

Siti Kasim dakwa objek menyerupai bom ditemui pada kereta
Aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendakwa terdapat objek menyerupai bom ditemui pada keretanya di Jalan Maarof, Bangsar di sini, hari ini.

Ancaman bom: Pesawat Azur Air Rusia terpaksa dilencongkan ke Uzbekistan
Pesawat syarikat penerbangan Rusia Azur Air yang dalam perjalanan menuju ke Goa, India terpaksa dilencongkan ke Uzbekistan berikutan ancaman bom, lapor Sputnik yang memetik Agensi Berita India ANI pad

63 penerbangan dibatalkan susulan ancaman bom
Sebanyak 63 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang itu manakala empat lagi pesawat terpaksa menukar destinasi.

Ancaman bom, pesawat Jetstar buat pendaratan cemas di Jepun
Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita menuju ke Fukuoka yang terletak di Pulau Kyushu.

Pesawat Singapore Airlines terima ancaman bom palsu
Pihak berkuasa menahan seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan kerana didakwa membuat ancaman bom palsu di dalam sebuah pesawat berkenaan.