awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebuah blok di SK Senderut musnah dalam kebakaran

Bernama
Bernama
01/02/2024
01:45 MYT
Sebuah blok di SK Senderut musnah dalam kebakaran
Salah sebuah blok di SK Senderut musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran malam tadi. - Foto JBPM Pahang/Sinar Harian
KUANTAN: Sebuah blok di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut di Pos Senderut, Kuala Lipis musnah akibat kebakaran malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata walaupun bangunan itu musnah sepenuhnya, tiada mangsa terlibat.
"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.29 malam, bagaimanapun perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa tiga jam 17 minit kerana hanya boleh diakses menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
"Bomba menggunakan sumber air terbuka dan api berjaya dikawal pada 3.23 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 4.53 pagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zulfadli berkata operasi melibatkan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Koyan, Kuala Lipis, kira-kira 47 kilometer (km) dari lokasi kejadian, sebelum mendapat bantuan dari BBP Raub, sekitar 70 km dari SK Senderut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SK Senderut
#kebakaran
#blok sekolah terbakar
#JBPM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan