awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebuah lagi PPS dinaiki air di Batu Pahat, lebih 300 mangsa dipindahkan

Bernama
Bernama
05/03/2023
14:45 MYT
Sebuah lagi PPS dinaiki air di Batu Pahat, lebih 300 mangsa dipindahkan
Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Sri Medan mula keluar selepas PPS itu dinaiki air sejak dua hari lepas ketika tinjauan di Seri Medan Batu Pahat hari ini. - BERNAMA
BATU PAHAT: Lebih 300 mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa Sri Medan, Yong Peng, di sini, dipindahkan, susulan dinaiki air sejak dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata kesemua mereka akan dipindahkan ke SJKC Hwa Ming, Taman Maju, di sini, malam ini, dengan menggunakan aset daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia.
"PPS ini boleh menampung sehingga 300 orang dan apabila berlaku kenaikan paras air kira-kira 0.3 meter, kita buat keputusan untuk pindahkan mangsa malam ini," katanya kepada Bernama.
PPS tersebut menempatkan 315 orang daripada 110 keluarga sejak dibuka pada 2 Mac lepas.
Penduduk yang ditempatkan di PPS itu, Siti Sarah Sulaiman, 35, berkata air mula melimpah ke dalam PPS sejak dua hari lepas.
BANJIR-PPS 2 (AKHIR) BATU PAHAT
Ibu kepada tiga orang anak itu berkata dia mula ditempatkan di PPS itu Khamis lepas apabila rumahnya di Parit Simen Sri Basir dinaiki air hingga paras pinggang.
"Pada waktu itu, tiada air banjir dalam PPS tetapi dalam tempoh dua hari (bermula Sabtu) air mula melimpah masuk dalam PPS.
"Saya risau kerana ada anak kecil berusia dua tahun yang nak 'main' air," katanya yang turut menarik nafas lega apabila diarahkan berpindah ke PPS lain.
Tinjauan Bernama di Sri Medan Jaya, di sini, mendapati kawasan pekan lumpuh dengan laluan yang ada sudah mula dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat dan kereta pacuan empat roda, serta beberapa rumah di Jalan Besar Sri Medan di sini masih ditenggelami air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS dinaiki air
#Pusat Pemindahan Sementara
#SJKC Chong Hwa Sri Medan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan