awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Kemelut Perikatan Nasional: Apa yang berlaku?
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segera dapatkan dos penggalak, kes COVID-19 semakin meningkat - Khairy

Bernama
Bernama
11/07/2022
13:17 MYT
Segera dapatkan dos penggalak, kes COVID-19 semakin meningkat - Khairy
Khairy juga menggesa agar rakyat Malaysia memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup atau sesak selain mengamalkan kaedah TRIIS. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihati individu yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 agar segera berbuat demikian susulan peningkatan jangkitan kes virus itu sejak kebelakangan ini.
Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia yang belum menerima suntikan agar mendapatkan Paxlovid, ubat antiviral di fasiliti Kementerian Kesihatan sejak 15 April lepas bagi merawat pesakit COVID-19 dengan gejala ringan dan sederhana (kategori dua dan tiga).
"Dapatkan suntikan, jika anda belum berbuat demikian. Dapatkan Paxlovid, jika anda berisiko tinggi dan positif COVID-19," katanya di akaun Twitter rasmi beliau hari ini.
Khairy juga menggesa agar rakyat Malaysia memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup atau sesak selain mengamalkan kaedah TRIIS (uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan).
Dilaporkan bahawa tujuh juta rakyat Malaysia belum mendapatkan dos penggalak COVID-19 setakat ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata meskipun dos penggalak tidak diwajibkan, ia masih penting kerana bukan sahaja kes positif COVID-19 telah kembali dengan trend menaik, tetapi dos itu juga akan membantu menghadapi varian baharu virus terutama Omicron BA.5 yang lebih mudah berjangkit.
Khairy berkata pemberian Paxlovid kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah percuma namun pesakit masih perlu membayar caj perkhidmatan konsultasi dan caj lain yang berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#dos penggalak
#peningkatan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan