KUALA LUMPUR: Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) menyeru kerajaan segera menggazetkan ketum sebagai sejenis dadah di bawah jadual Akta Dadah Berbahaya (ADB) sebelum hujung tahun ini.
Setiausaha Agung MASAC Raja Azizan Suhaimi berkata langkah drastik menangani gejala ketagihan air ketum tersebut adalah bagi mengelakkan berlakunya lambakan penagih dadah 'ekspres' baharu yang lahir daripada pengambilan bahan itu yang kini semakin menular dalam kalangan masyarakat.
"Telah sampai waktunya permasalahan pengambilan ketum ini tidak dilihat enteng oleh semua pihak kerana ia ibarat api dalam sekam yang akan 'membakar negara' dari dalam secara diam-diam dan amat perlu ketum ini digazetkan sebagai sejenis dadah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Raja Azizan berkata sebagai langkah intervensi awal sebelum ketum diwartakan di bawah ADB, Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) di seluruh negara boleh digerakkan untuk mendaftar penagih ketum sebagai in house patient atau out patient bagi mendapatkan rawatan secara one-off tanpa hukuman atau rekod jenayah dengan menggunakan dana kerajaan.
Katanya, badan bukan kerajaan (NGO) berkait dadah yang tiada kemudahan PPDP pula boleh disediakan dana bagi mengadakan program ceramah dan penyaluran maklumat kepada mereka yang belum terlibat atau baru sahaja mula 'berjinak' dengan pengambilan air ketum.
"MASAC mengharapkan sekiranya ada dana daripada kerajaan untuk NGO membantu gerakan antiketum ini, biarlah ia datang dari Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dua tahun pertama ini sebelum pewartaan ketum sebagai dadah berbahaya.
"NGO berkait dadah ini dapat menggunakan dana, kemudahan, kepakaran perubatan KKM sebagai usaha awal menyelesaikan permasalahan yang semakin meruncing dalam masyarakat," katanya
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, beliau berkata MASAC menyokong penuh usaha Jabatan Penjara Malaysia menjadikan Pendekatan Pemulihan Dalam Komuniti sebagai pilihan utama mengurangkan jenayah berulang terutamanya bagi kesalahan melibatkan kes penyalahgunaan dadah serta penjual dadah kecil-kecilan menjelang 2030.
Menurutnya, langkah tersebut bukan sahaja dapat menyelesaikan isu kesesakan dalam penjara tetapi juga membantu mengatasi masalah penagihan dadah berulang secara kos efektif serta mengajak lebih ramai penagih mendapatkan rawatan secara sukarela.
"Ketagihan dadah adalah penyakit otak kronik yang mudah berulang dan berpanjangan dan kerana itu KKM perlu dilibatkan secara serius dalam merawat penagih dadah untuk mengubah persepsi masyarakat yang ketika ini melihat golongan pesalah dadah ini sebagai penjenayah dan menjadi punca utama mereka kembali ke kancah penagihan.
"Perintah untuk menjalani pemulihan komuniti boleh dikeluarkan mahkamah bagi mereka yang terlibat dengan dadah untuk taat mengikuti pemulihan dan sebarang keingkaran atau lari dari pemulihan boleh diteruskan dengan hukuman di penjara yang lebih berat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
MASAC menyeru kerajaan segera menggazetkan ketum sebagai sejenis dadah di bawah jadual Akta Dadah Berbahaya (ADB) sebelum hujung tahun ini. - Foto fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Segera wartakan ketum sebagai dadah berbahaya - MASAC
Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) menyeru kerajaan segera menggazetkan ketum sebagai sejenis dadah di bawah jadual Akta Dadah Berbahaya (ADB) sebelum hujung tahun ini.