awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segera wujudkan mahkamah jenayah seksual kanak-kanak di semua negeri - Azalina

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/09/2021
05:46 MYT
Segera wujudkan mahkamah jenayah seksual kanak-kanak di semua negeri  - Azalina
Menurut Azalina, kewujudan mahkamah khas itu mampu menyelesaikan kes seksual terhadap kanak-kanak dengan lebih cepat berbanding mahkamah jenayah biasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk segera mewujudkan Mahkamah Sesyen Khas di seluruh negara bagi membicarakan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu pernah dicadangkan ketika beliau menjadi menteri, namun sehingga hari ini masih tidak dilaksanakan.
Menurut beliau, kewujudan mahkamah khas itu mampu menyelesaikan kes seksual terhadap kanak-kanak dengan lebih cepat berbanding mahkamah jenayah biasa.
"Anak-anak pergi ke jenayah seksual, bila dia pergi mahkamah jenayah biasa, masuk kes, keluar mahkamah, dah besar panjang.
"Itu sebab kita nak mahkamah khas, saksi khas dan adanya pendekatan khas. Sekarang ini dengan COVID-19, berapa banyak kes anak-anak didera di rumah? Berapa kes anak-anak menjadi mangsa jenayah, nak bawa ke mana?
"Kalau setakat nak jadi menteri, ini pun tak boleh selesai, tak payahlah jadi menteri?" soal Azalina ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Rabu.
Azalina menambah, isu jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak merupakan perkara besar dan memerlukan perhatian pihak kerajaan.
Tegas Azalina lagi, anak-anak adalah masa depan sesebuah negara.
Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak mula beroperasi di Putrajaya dan yang pertama di negara ini dan Asia Tenggara.
Ia bertujuan mendengar dan membicarakan kes kesalahan diperuntukkan dalam Akta 792 dan kesalahan jenayah seksual bawah undang-undang lain membabitkan mangsa kanak-kanak.
Ketika itu, Azalina memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Dewan Rakyat
#jenayah seksual kanak-kanak
#Mahkamah Khas Jenayah Seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan