KUALA LUMPUR: Kebimbangan banyak pihak terutama pakar kesihatan dan pendidikan tentang kemungkinan berlaku penularan kes COVID-19 di sekolah apabila pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dilaksanakan sepenuhnya benar-benar menjadi kenyataan.
Sebanyak 4,868 kes positif dengan 83 kluster COVID-19 melibatkan sektor pendidikan seluruh negara dari 1 Jan tahun ini hingga semalam (Selasa) meresahkan masyarakat terutama ibu bapa sehingga ada mencadangkan agar semua sekolah ditutup dan kembali melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Situasi semasa ini meningkatkan kembali gesaan agar pemberian vaksin dalam kalangan guru dan pengurusan sekolah disegerakan bagi memastikan kelangsungan pendidikan pelajar.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata langkah terbaik bagi membendung penularan COVID-19 dan sekali gus mengurangkan risiko di sekolah adalah dengan menyegerakan pemberian vaksin kepada guru-guru dan pengurusan sekolah.
"Mereka (guru dan pengurusan sekolah) perlu diberi keutamaan dan segera diberikan vaksin seperti mana petugas barisan hadapan. Peningkatan kluaster dalam kalangan warga sekolah tidak boleh diambil mudah dan perlu tindakan segera untuk membendung penularan ini bagi mengelakkan sesi pembelajaran di sekolah terjejas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kementerian Pendidikan sedang berusaha memastikan 500,000 guru seluruh negara dapat menerima vaksin pada fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula 19 April lepas dan dijangka berakhir 5 April depan.
Bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Khairy Jamaluddin menyatakan pemberian vaksin kepada golongan pendidik itu akan turut bergantung pada jumlah bekalan semasa vaksin di Malaysia.
Dr Zainal Ariffin menjelaskan selain pemberian vaksin, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perlu diperketatkan dengan kerjasama proaktif ibu bapa, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan masing-masing.
"Apa yang lebih penting sekarang adalah pematuhan dan pemantauan SOP bagi menghentikan trend jangkitan wabak ini di sekolah. Jadi tidak perlu menutup semua sekolah kecuali yang mempunyai kes COVID-19 bagi tujuan sanitasi dan saringan kontak rapat," katanya.
Di Selangor, sebanyak 19 sekolah diarahkan tutup pada Selasa lepas berikutan kes jangkitan COVID-19, manakala semua sekolah di Miri, Sarawak tutup selama 14 hari setelah berlaku peningkatan kes dalam kalangan guru dan pelajar.
Sementara itu, dalam menguruskan ketidaktentuan kes COVID-19, sistem hibrid dilihat sebagai satu pendekatan terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan virus itu di sekolah.
Pensyarah Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad berkata menerusi sistem itu, pelajar akan hadir ke sekolah secara bergilir dan sekali gus akan mengurangkan 50 peratus kehadiran pelajar di sekolah.
"Contohnya pelajar tahun satu, dua dan tiga datang ke sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, manakala pelajar tahun empat, lima dan enam datang pada hari Selasa dan Khamis.
"Apabila berlaku kes positif COVID-19 di sekolah, hanya kumpulan pelajar yang positif sahaja yang akan dikuarantin dan pelajar lain boleh datang ke sekolah seperti biasa selepas proses sanitasi selesai,'' katanya.
Jelas beliau lagi, apabila sistem hibrid dilaksanakan, PdPR juga boleh dilaksanakan secara serentak supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.
Sistem ini, katanya, boleh dilaksanakan secara berterusan sehingga sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat negara ini telah divaksin.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang turut melontarkan pandangan senada, supaya sistem penggiliran dapat dipraktikkan bagi menghadkan jumlah bilangan pelajar di sekolah.
"NUTP mencadangkan agar penggiliran ini dibuat pihak KPM bagi sekolah di kawasan yang tidak berisiko bagi mengurangkan kesesakan agar dapat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
"Hanya sekolah yang ada kes dijangkiti COVID-19 sahaja yang perlu ditutup bagi tujuan sanitasi dan NUTP berharap agar penutupan sekolah berisiko ini tidak disulitkan dengan banyak sangat prosedur yang membabitkan banyak pihak,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021

Situasi semasa ini meningkatkan kembali gesaan agar pemberian vaksin dalam kalangan guru dan pengurusan sekolah disegerakan bagi memastikan kelangsungan pendidikan pelajar. - Gambar fail/BERNAMA

Sukan SEA Hanoi: Syabas sasaran dicapai, namun kurang 'gah'
Malaysia berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat, sekali gus meraih tempat keenam keseluruhan.

Mejar Mazlina cuai tapi saya yang kena: Ahmad Zahid
"Adakah ini satu keadilan?"

Hoki Piala Asia 2022: Skuad The Speedy Tigers belasah Oman 7-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan memulakan aksi pembukaan Kejohanan Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia dengan penuh bergaya selepas membelasah Oman 7-0, hari ini.

Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali
Selepas lebih dua dekad, siri animasi legenda Malaysia yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan bakal diangkat ke layar perak.

Bola Sepak | TMJ cabar Sanusi dedah individu ‘kawal’ Liga Malaysia
Arena bola sepak Malaysia tidak pernah sunyi dengan kisah-kisah sensasi. Terbaharu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersuara berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini. Menerusi ciapan akaun Twitter pada Isnin, Tunku Ismail menggesa Muhammad Sanusi agar mendedahkan identiti individu dimaksudkan beliau, yang didakwa ‘mengawal’ Liga Malaysia.

Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI
Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan 'percaturan dan permainan' harga melalui pengurangan bekalan ayam.

Mahkamah | Lelaki OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan, rogol anak tiri
Seorang lelaki kurang upaya (OKU) dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan merogol anak tirinya dua tahun lalu. Tertuduh yang berusia 27 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Sukan SEA | Malaysia atasi sasaran 36 emas
Kontinjen negara tamatkan saingan Sukan SEA ke-31 di Hanoi dengan mengumpul 39 pingat emas, mengatasi sasaran 36 sebelum ini. Dua pingat emas terakhir disumbangkan acara beregu campuran badminton dan Muay Thai yang diraih pada Ahad.

Insiden Kepala Air | Polis kenal pasti mayat dua pendaki dihanyutkan arus
Identiti dua mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku di Simpang Pulai, Ipoh sudah dikenal pasti. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka merupakan See Su Yen, 32 tahun, dan Ng Yee Chew, 46 tahun.

Komik pertama Batman dijual pada harga AS$1.74 juta
Naskhah lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta.

Vaksin COVID-19: Lebih 2.9 juta remaja lengkap suntikan
Sebanyak 1,119,411 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.

Cacar monyet sesuatu yang perlu dibimbang - Biden
Biden menambah ia adalah kebimbangan kerana jika cacar monyet merebak ia akan menjadi isu berbangkit.

COVID-19: Benua Afrika bergelut dengan kadar vaksinasi rendah
Kanak-kanak teragak-agak mahu mengambil vaksin kerana takut dan percaya kerajaan mahu menghapuskan mereka.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

COVID-19: Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi
Sebanyak 1,671,828 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Ambil vaksin sebelum ke negara dilanda cacar monyet
Rakyat negara ini yang berhasrat untuk melawat negara yang dilanda wabak cacar monyet dinasihatkan supaya mendapatkan vaksin sebagai perlindungan daripada dijangkiti virus penyakit tersebut.

Vaksin COVID-19: 30.6 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,085,977 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin.

Vaksin COVID-19: 1.079 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1.079 juta atau 30.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin.

Malaysia dijangka catat pemulihan trafik penumpang udara 30 hingga 45 peratus daripada tahap sebelum pandemik
Trafik penumpang udara Malaysia tahun ini diunjurkan melonjak di antara 197 peratus dengan 347 peratus tahun ke tahun, mewakili 32.6 juta hingga 49 juta penumpang.