SUDAH hampir dua minggu sejak beberapa kawasan di negara ini diliputi kabus berasap dipanggil jerebu. Sudah bertahun-tahun masalah jerebu ini menghantui diplomasi negara berjiran khususnya dalam entiti Asean. Sudah berabad-abad sebenarnya sejarah jerebu ini terjadi, paling tidak kerana penyumbang utamanya ialah manusia itu sendiri yang lebih mahukan kemajuan berbanding kelestarian. Udara diberi percuma tidak dihargai. Nah, sekarang manusia sendiri perlu membayar harga yang tinggi untuk kembali dapatkan kesegaran tidak bertoksik itu.
Walaupun sudah begitu lama masalah jerebu ini, ia tetap dibincang, diperhalusi dan dicari jalan penyelesaian untuk atasinya. Paling tidak, rungutan sama berulang-ulang apa jerebu datang lagi. Ambil contoh komen mudah seorang rakan katanya, “Tidak bolehkah kita saman sahaja negara jiran yang melakukan pembakaran terbuka sehingga kita terpaksa menghidu asap terbakar di Malaysia ini ”? Saya kira komen mudah itu tentunya tidak boleh diberi penjelasan yang mudah juga. Ini kerana, isunya terikat dengan sejarah yang panjang.
Saya masih ingat pada 2004, saya sekeluarga ke Jakarta untuk satu percutian. Disebabkan anak kedua demam panas dan batu-batuk, percutian dipendekkan. Pulang ke Kuala Lumpur, terpaksa pula berdepan masalah jerebu ketika itu. Saya mendapat tahu jerebu disebabkan pembakaran hutan di Pekan Baru, beberapa ratus kilometer jaraknya dari Jakarta, tempat saya bercuti. Anak saya disahkan radang paru-paru selepas demamnya tidak baik selama tiga hari. Saya salahkan Indonesia _ kerana jerebu, anak saya yang merupakan pesakit asma, mendapat radang paru-paru.
Fenomena jerebu ini seingat saya sudah dilaporkan oleh akhbar di negara ini sejak 1980-an lagi. Namun, liputannya bukan mendapat tempat di halaman pertama. Barangkali kerana ketika itu disiplin tentang kewartawanan alam sekitar masih belum popular. Namun di luar negara, sudah ada bidang kajian tentang pencemaran rentas sempadan dan cara mengatasinya.
Seingat saya, apabila jerebu melanda, perhatian segera diberikan kepada Indonesia. Sama seperti saya salah Indonesia apabila berlaku masalah ke atas anak saya pada 2004. Dengan begitu banyak sorotan kepada negara ASEAN yang satu ini apabila jerebu melanda, ia seolah-olah tidak dapat dipisahkan : jerebu itu Indonesia, Indonesia itu jerebu. Sehingga pada satu tahap kita terlupa bahawa cara penyelesaiannya bukan sahaja menuding jari kepada Indonesia sebagai penyumbang. Sejarahnya, kita semua faktor utamanya terjadinya udara berjerebu. Bagaimana? Sangat mudah, kerana kita semua inginkan kemajuan, mahukan pembangunan dan memerlukan revolusi.
Bukan Malaysia, Singapura dan Indonesia sahaja yang dilanda masalah jerebu. Jauh lebih lama daripada tiga negara di rantau ASEAN ini ialah Britain. Pada Disember 1952, selama lima hari, ibu kotanya London dilitupi asap jerebu menyebabkan warganya hidup dalam penuh ketidakselesaan. Begitu juga, terjadi satu lagi fenomena lama sebelum tahun 1952 dengan jerebu melanda Britain pada 1813. Masalah jerebu di London pada 1952 dan pada 1813 itu sebenarnya hasil daripada revolusi industri di England sekitar 1700-an. Ketika itu banyak kilang dibuka untuk kemajuan dan kemodenan . Banyak kilang bermakna banyak asap dan gas dilepaskan. Banyak gas dilepaskan bermakna lebih banyak berlaku pencemaran sekali gus menyebabkan terjadinya jerebu.
Mengambil kira apa yang berlaku di Britain dan peristiwa jerebu yang beberapa kali menimpa Malaysia, Singapura dan Indonesia, ada jalannya untuk menangani bencana ini. Bukan mudah, tetapi tidak juga sukar tentunya. Selebihnya, jalan penyelesaian tentunya bukan ekstrem sehingga menolak pembangunan atau kemajuan kerana itu bererti mengambil satu langkah ke belakang.
Jalan penyelesaian yang boleh dikira berhemah ialah kesepakatan bahawa jerebu ialah buatan manusia dan cara atasinya juga perlu datang daripada mereka. Ya, bertemu, bermesyuarat dan berbincang adalah jalan awal untuk beberapa langkah akhir selesaikan masalah ini. Namun yang lebih penting ialah, mengambil kira bahawa jerebu itu merupakan masalah bersama. Maka, atas semangat itu, tidak kira negara yang terjejas kerana jerebu atau tidak semua negara, dalam konteks ini tentunya ASEAN, wajar ada ketetapan _perlunya duduk bersama, berbincang dari segenap aspek, sejarah, kesan dan akibatnya jika tiada peduli kepada alam.
Potensi rantau ASEAN untuk berkembang dari segi ekonominya sangat memberangsangkan . Itu hakikat. Negara-negara di ASEAN juga semakin pesat dari segi industri pelancongan. Pelancong dari dalam dan luar ASEAN semakin ramai memilih untuk berkunjung ke Malaysia, Singapura, Indonesia dan tujuh negara lain sebagai destinasi percutian mereka. Kalau jerebu melanda lagi, dapat dibayangkan kerugian yang bakal ditanggung akibat pelancong menjauhi negara yang mahu dilawati mereka.
Sejarahnya, masalah jerebu bukan berhenti setakat menikmati udara bersih secara bebas. Juga bukan marah-marah kepada Indonesia kerana didakwa pencetus masalah berkaitan kesihatan dan pernafasan. Ia sebenarnya lebih daripada itu. Kalau jerebu datang lagi, akan ada masalah pengangkutan; aktiviti terhenti; pelancong menjauhi – itu tidak bagus untuk pertumbuhan ASEAN dan warga yang hidup di dalamnya. Maka, tidak dapat tidak, isu ini perlu ada titik nokhtah atau marah-marah kepada sesetengah negara, isu penguatkuasaan, soal kesihatan anak-anak dan diri sendiri akan terus tiada penghujung seandainya jerebu datang lagi.
Dr Azlinariah Abdullah
Sun Jun 30 2013
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.