awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sejumlah 5,400 penagih dadah diletak bawah pengawasan di Perak

Bernama
Bernama
29/04/2015
00:21 MYT
Sejumlah 5,400 penagih dadah diletak bawah pengawasan di Perak
Mahadi berkata Ops Rintis memberi tumpuan kepada penagih tegar yang belum mendapat rawatan dan pemulihan dengan AADK
Sejumlah 5,400 penagih dadah diletak di bawah kategori Orang Kena Pengawasan (OKP) di Perak sehingga Mac lepas, kata Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Mahadi Nordin.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 5,214 adalah penagih lelaki dan 186 merupakan penagih wanita.
"Kami sentiasa melakukan pemantauan terhadap OKP ini dalam menangani penyalahgunaan dan pengedaran dadah yang semakin berleluasa di negeri ini," katanya kepada pemberita di pejabat AADK Daerah Hilir Perak Selasa.
Sementara itu, katanya lapan lelaki berusia lingkungan 21 hingga 42 tahun didapati positif dadah dalam 'Ops Rintis' sekitar daerah Hilir Perak dan Perak Tengah dekat sini.
Beliau berkata operasi selama 22 jam bermula pukul 4 pagi semalam itu diadakan di empat kawasan yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi iaitu Hujung Rintis, Kampung Kandang, Sunggai Ranggam dan Kampung Sungai Bahan.
Mahadi berkata Ops Rintis memberi tumpuan kepada penagih tegar yang belum mendapat rawatan dan pemulihan dengan AADK.
Selain itu, katanya, pelaksanaan Ops Rintis bertujuan membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa.
"Operasi yang dijalankan bukan untuk menghukum penagih dadah sebaliknya untuk memberikan rawatan dan pemulihan kepada mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Mahadi Nordin
#Ops Rintis
#Orang Kena Pengawasan
#penagih dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan