KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengagihkan sejumlah RM471 juta bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada 217,090 pekebun kecil getah di seluruh negara sejak September 2015 sehingga 31 Julai, 2023, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas telah bersetuju untuk menaikkan paras harga pengaktifan (PHP) IPG bagi getah sekerap sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM2.70 sekilogram daripada RM2.50, dengan kelulusan peruntukan berjumlah RM350 juta.
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh.
"Mengambil kira pendapatan pekebun kecil yang terjejas dengan situasi harga getah yang rendah, kerajaan sedang memuktamadkan penambahbaikan mekanisma IPG yang lebih inklusif dan bersasar, khususnya untuk meningkatkan produktiviti pekebun kecil getah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
LGM berkata kerajaan juga sedang meneliti beberapa inisiatif atau projek-projek berimpak tinggi yang sedia atau berpotensi dilaksanakan, khususnya dalam menjaga kebajikan pekebun kecil getah.
LGM menegaskan bahawa ia mengambil maklum akan keluhan pekebun kecil mengenai situasi harga getah semasa yang rendah, namun ia tidak mengawal atau menetapkan harga getah kerana tiada sebarang peruntukan bidang kuasa di dalam Akta LGM.
"Malahan, Thailand sebagai pengeluar utama getah dunia juga tidak dapat menentukan harga kerana harga ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran dunia," katanya.
Jelasnya lagi, Malaysia, pada masa sekarang hanya mengeluarkan tiga peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah dunia dan tidak mempunyai keupayaan untuk menentukan harga.
"Menyedari cabaran-cabaran semasa ekonomi global, kerajaan sentiasa komited dalam merangka dasar serta strategi bagi meningkatkan daya saing dan daya maju industri getah negara," katanya.
Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh LGM agar pekebun kecil mendapat harga yang lebih baik termasuk jualan getah secara tender dalam talian (MyROL) dan Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023

Menurut LGM, Malaysia pada masa sekarang hanya mengeluarkan tiga peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah dunia dan tidak mempunyai keupayaan untuk menentukan harga. - Gambar fail/Bernama

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
Kerajaan Perlis akan perkasa program keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.

Malaysia laksana tugas dengan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN pada detik genting - Pengerusi FPCI
Dunia kini berada dalam keadaan yang amat sukar dan sistem antarabangsa sedang menghadapi tekanan hebat.

Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global
Sarawak sehaluan dan secara aktif menyumbang kepada ASEAN, membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring.

ASEAN seru ekosistem digital yang selamat, inovatif dan terangkum
Para pemimpin digital ASEAN memperbaharui komitmen untuk membentuk masa depan digital yang selamat dan terangkum.

PERANTIS tangani penurunan perwakilan wanita - Nancy
Kemerosotan perwakilan wanita Malaysia dalam politik bukan disebabkan oleh kekurangan sokongan dalam parti tetapi budaya politik yang telah lama diamalkan.

1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.

AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.

Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
![[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir' [KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694414118_KSPRMKPMAnwar.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
![[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara [KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690861845_AnwarIbrahim.jpg)
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.

Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.

Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.

Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.

Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.