awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan perjalanan ke atas Maria Chin berdasarkan alasan yang dibenarkan

Bernama
Bernama
05/08/2020
12:53 MYT
Sekatan perjalanan ke atas Maria Chin berdasarkan alasan yang dibenarkan
Pada 19 Februari 2019, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Maria untuk mengemukakan rayuan. -Bernama
Sekatan perjalanan ke luar negara yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah adalah dalam alasan yang dibenarkan kerana ia melibatkan persoalan dasar kerajaan dan kepentingan nasional yang berpotensi mempengaruhi hubungan diplomatik dengan Korea Selatan, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan Menteri Dalam Negeri berkata demikian dalam hujahnya pada prosiding rayuan yang dikemukakan Maria, dengan menyatakan:
“Ketua Pengarah Jabatan Imigresen menyatakan bahawa alasan untuk menyenaraihitamkan Maria bahawa perayu telah mengkritik kerajaan di forum berbeza dan perhimpunan haram.”
Merujuk kes Kerajaan Malaysia lwn Loh Wai Kong, Shamsul berkata Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kebebasan peribadi dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan hak asasi asas kepada warganegara untuk melakukan perjalanan ke luar negara.
Dalam kes itu, beliau menyatakan kerajaan boleh menghentikan seseorang dari meninggalkan negara.
Maria yang merupakan bekas Pengerusi Bersih 2.0, dihalang melakukan perjalanan ke Korea Selatan pada 15 Mei 2016 untuk menerima anugerah bagi Bersih 2.0. Bagaimanapun, larangan perjalanan itu ditarik balik pada 17 Mei 2016 selepas dua hari larangan itu dikeluarkan.
Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakimannya pada 18 Mei 2017 manakala rayuannya ditolak di Mahkamah Rayuan pada 25 Mei 2018.
Pada 19 Februari 2019, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Maria untuk mengemukakan rayuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersih
#Korea Selatan
#luar negara
#Mahkamah Persekutuan
#Maria Chin Abdullah
#Parlimen
#Petaling Jaya
#sekatan perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan