Pihak pengurusan sekolah menengah dan rendah di seluruh negara diarah menyediakan `Peti Aduan Disiplin Murid' khusus untuk membendung salah laku pelajar terutama dalam jenayah, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata dengan adanya peti aduan itu, pelajar boleh menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak sekolah yang kemudiannya dipanjangkan kepada polis.
"Aduan yang dibuat pelajar ini adalah rahsia. Pelajar tidak perlu takut untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan pelajar yang terbabit dalam salah laku ini.
"Ia di bawah seliaan guru disiplin dan semua maklumat berkenaan akan disampaikan kepada anggota Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang ditugaskan di setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jom Ke Sekolah peringkat Kebangsaan 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff dan Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah Datuk Azuyah Hassan.
Mahdzir berkata tujuan utama program berkenaan adalah juga untuk mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah yang dikenal pasti kerana adanya pelajar yang terpaksa bekerja dan juga yang terbabit dalam jenayah.
"Ini merupakan punca ketidakhadiran pelajar yang menyebabkan ada sesetengah sekolah mencatatkan peratusan kehadiran yang rendah," katanya.
Beliau berkata purata peratus kehadiran pelajar di seluruh negara pada 2016 membabitkan pelajar sekolah rendah adalah 94.1 peratus manakala sekolah menengah 91.4 peratus.
"Peratus kehadiran di peringkat kebangsaan yang ditetapkan adalah 92.3 peratus dan ini yang menjadi tumpuan kementerian dan polis untuk mengatasinya," katanya.
Beliau merayu kepada ibu bapa dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru di setiap sekolah agar dapat memainkan peranan untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah berkenaan.
"Kita khuatir ada pelajar yang ponteng ini terbabit jenayah yang berat dan boleh dihukum sekiranya masalah ponteng sekolah ini tidak diatasi," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya Mahdzir yakin kerjasama pemuafakatan dengan Polis Diraja Malaysia, komuniti dan ibu bapa akhirnya akan menarik minat pelajar untuk ke sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2017
MAHDZIR: Aduan yang dibuat pelajar ini adalah rahsia.
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Sekolah diarah sediakan peti aduan disiplin murid bendung salah laku
Pihak pengurusan sekolah menengah dan rendah di seluruh negara diarah menyediakan 'Peti Aduan Disiplin Murid' khusus untuk membendung salah laku pelajar terutama dalam jenayah.