awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah dibenar tutup jika suhu 37 darjah Celsius 3 hari berturut-turut

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2023
10:18 MYT
Sekolah dibenar tutup jika suhu 37 darjah Celsius 3 hari berturut-turut
Garis panduan berkenaan diharap dapat memastikan pengurusan penutupan institusi pendidikan dapat dilaksanakan secara teratur. - Gambar hiasan
SHAH ALAM : Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membenarkan pentadbir untuk menutup sekolah sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Menerusi surat siaran pekeliling yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Norisah Suhaili, keputusan itu dibuat memandangkan situasi cuaca berkenaan yang dilaporkan berlaku di beberapa lokasi seluruh negara ketika ini.
Jelas surat berkenaan, segala aktiviti luar melibatkan murid, pelajar dan guru mesti dihentikan antaranya merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian.
“Penutupan institusi pendidikan akibat status suhu harian bagi cuaca panas hendaklah dimaklumkan oleh pentadbir kepada pendaftar dengan serta merta secara lisan dan bertulis menggunakan apa-apa medium yang sesuai.
“Pentadbir hendaklah mengemukakan surat permakluman rasmi kepada pendaftar berhubung penutupan institusi pendidikan atas sebab status suhu harian bagi cuaca panas pada tahap amaran dua.
“Ia mesti dilampirkan bersama-sama dokumen sokongan yang menjelaskan tentang proses penilaian risiko dijalankan sebelum keputusan untuk menutup institusi pendidikan,” katanya.
Selain itu, pihak pentadbir perlu memastikan bilik di premis sekolah mempunyai pengudaraan baik termasuk sentiasa memantau tahap kesihatan pelajar bagi mengelakkan sebarang risiko seperti strok haba.
Jelasnya, garis panduan berkenaan diharap dapat memastikan pengurusan penutupan institusi pendidikan dapat dilaksanakan secara teratur.
Surat siaran berkuat kuasa serta-merta itu terpakai untuk semua institusi pendidikan di bawah KPM jika kawasan mereka diisytiharkan terkesan mengalami gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#sekolah dibenar tutup
#tutup sekolah
#suhu maksimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan