KUALA LUMPUR: Pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Okt mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri-negeri memberi gambaran bahawa negara kini sedang bergerak ke peringkat endemik.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata pendekatan secara berfasa itu juga menunjukkan bahawa negara akan kembali kepada keadaan sediakala.
"Dalam konteks fasa PPN ini, kita sedang bawa negara kembali kepada keadaan sedia kala dengan memastikan tatacara dan peraturan yang kita bawa itu dapat dipatuhi dan sekolah dapat dibuka dengan selamat," katanya pada sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini.
Mengenai mesyuarat bersama Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, beliau berkata ia bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan pembukaan sekolah dapat dilaksanakan dengan baik, lancar dan teratur.
Katanya perancangan itu penting sebagai tekad semua pihak untuk memastikan keselamatan semua pihak terutama murid apabila sekolah dibuka kelak.
BACA: Pembukaan semula sekolah 3 Okt, ini lima perkara yang anda perlu tahu
Pada Ahad, Radzi mengumumkan sesi persekolahan akan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan dengan kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi mengurangkan bilangan dalam kelas dan risiko penularan COVID-19.
Pengoperasian sekolah secara bersemuka bermula di Fasa Dua PPN dengan pembukaan untuk sekolah rendah hanya melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), sementara untuk sekolah menengah melibatkan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua yang akan menduduki peperiksaan pada akhir Oktober.
Ditanya mengenai tindakan terhadap guru yang memilih untuk tidak divaksin beliau berkata perkara itu masih dalam perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan akan diumumkan kemudian.
"Kita lihat jumlah yang memilih tidak divaksin sedikit iaitu sekitar 2,500 orang dan kita akan pastikan mereka tidak akan mengajar secara bersemuka namun akan diberi tugas lain dan pasti akan ada tindakan diambil terhadap mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada sidang media khas mengenai kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan bagi pembukaan sesi persekolahan di Wisma Pertahanan hari ini. - Foto BERNAMA
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah
KKM mengesan peningkatan kes COVID-19 serta bilangan kluster dari 26 Mac hingga 1 April lalu, susulan pembukaan semula sekolah di seluruh negara.
Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024
Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 Mac dan 20 Mac ini.
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, akan diumumkan selepas pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Hampir keseluruhan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac - Radzi
Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
Feri penumpang dari Butterworth ke pulau diawalkan bermula esok
Perkhidmatan feri penumpang iaitu untuk pejalan kaki akan diawalkan bagi perjalanan pertama dari Butterworth ke bahagian pulau negeri ini bermula esok berikutan pembukaan sesi persekolahan.
Sesi persekolahan penggal 3 ditangguh seminggu - Radzi Jidin
Keputusan itu diambil kira susulan bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.
Parlimen: Lebih 85 peratus murid hadir ke sekolah - KPM
Keadaan ini menunjukkan bahawa pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid.
Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada kajian, analisis - Radzi
Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan dilaksana tertakluk kepada kajian dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sekolah diingatkan, beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam - Radzi
Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah.
Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM
Keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).