awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah Henry Gurney: Pelatih baharu mungkin punca kes COVID-19 meningkat

Bernama
Bernama
05/03/2021
04:11 MYT
Sekolah Henry Gurney: Pelatih baharu mungkin punca kes COVID-19 meningkat
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata dalam masa yang sama kurangnya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) turut menjadi penyumbang kepada peningkatan kes. - Gambar fail
MELAKA: Kemasukan pelatih baharu dari seluruh negara ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas di sini mungkin menjadi antara punca utama peningkatan kes positif COVID-19 di pusat berkenaan.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata dalam masa yang sama kurangnya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) turut menjadi penyumbang kepada peningkatan kes yang mendadak.
"Ini mungkin terjadi sebab hanya terdapat satu sahaja Sekolah Henry Gurney di Malaysia. Jadi kita sedang pantau keadaan ini malah akan melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti apa yang berlaku.
"Saya juga cadangkan supaya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini, tiada kemasukan pelatih baharu manakala pelatih sedia ada tidak keluar untuk tujuan perbicaraan bagi mengekang penularan jangkitan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Semalam Bernama melaporkan PKPD akan dilaksanakan di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula esok hingga 19 Mac ini selepas 152 kes positif direkodkan sehingga 3 Mac dengan melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan.
Dengan peningkatan mendadak itu, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di pusat tahanan berkenaan mulai esok bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelatih Henry Gurney
#Sekolah Henry Gurney
#Telok Mas
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#SOP
#COVID-19
#kes positif
#Rahmad Mariman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan