awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah swasta vs sekolah kebangsaan: Ibu bapa lebih pentingkan hasil, keputusan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/05/2023
01:40 MYT
Sekolah swasta vs sekolah kebangsaan: Ibu bapa lebih pentingkan hasil, keputusan
Bagi ibu bapa yang berkemampuan dan mempunyai pilihan, mereka hanya mahu melihat hasil daripada perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pendidikan anak mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perdebatan antara sekolah swasta dan kebangsaan tidak akan pernah berakhir.
Antara persoalan yang sering diutarakan ialah kelebihan sekolah swasta berbanding sekolah kebangsaan dan sama ada kos tinggi yang diperlukan sekolah swasta adalah berbaloi.
Pakar Psikologi Pendidikan dan Personaliti Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Shahabuddin Hashim berkata, perkara pokok, terutama bagi ibu bapa, dalam hal pendidikan ialah, perkembangan anak-anak.
Ini kerana, bagi ibu bapa yang berkemampuan dan mempunyai pilihan, mereka hanya mahu melihat hasil daripada pelaburan atau perbelanjaan yang dikeluarkan.
"Ibu bapa akan teliti apakah perkembangan yang diharapkan pada anak-anak mereka. Kalau ia memenuhi atau melebihi jangkaan, mereka tidak akan lihat kos sebagai faktor pemberat.
"Aspek lokaliti juga penting kerana ia akan menentukan sejauh mana mereka boleh menguruskan anak-anak mereka.
"Bagi sesetengah kumpulan ibu bapa, kos penting tetapi yang lebih penting ialah sejauh mana pelaburan atau perbelanjaan yang dikeluarkan boleh memberi hasil yang memuaskan hati mereka," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Khamis.
Jelasnya lagi, tidak timbul isu kualiti pendidikan yang berbeza kerana kedua-dua institusi mempunyai standard dan reputasi tersendiri.
"Masa interaksi yang akan tentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran berjaya.
"Di sekolah swasta, kebiasaannya mereka hadkan bilangan murid berbanding sekolah kebangsaan, jadi mungkin di sekolah swasta peluang pelajar belajar dengan guru lebih tinggi.
"Tetapi jika mereka ikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah, maka mereka perlu melalui bentuk penilaian yang sama dengan sekolah kebangsaan, walaupun mereka juga mungkin perlu ambil penilaian yang berbeza dalam subjek tertentu seperti Bahasa Inggeris dan Agama Islam.
"Tetapi, dilihat dari segi pemantauan penilaian, sekolah kebangsaan lebih teratur kerana sekolah swasta lebih terikat dengan apa yang dilakukan sendiri.
"Biasanya, kita lihat standard itu tidak dikongsi dengan orang ramai dan saya pasti ibu bapa lebih berpuas hati jika perkara seperti itu dikongsi," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Sekolah Kebangsaan
#sekolah swasta
#pendidikan
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan