Pendidikan seks di sekolah-sekolah tahfiz akan dapat mengurangkan bilangan kes salah laku seks di sekolah-sekolah tersebut, kata pegawai atasan dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Ketua Sub-Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Dr Hamizah Mohd Hassan berkata bahawa beliau pernah menyarankan kepada Kementerian Pendidikan pada awal tahun ini untuk mengajar subjek tersebut di sekolah-sekolah tahfiz tetapi dimaklumkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi.
"Kita perlukan RM500,000 bagi tujuan mengajar pendidikan seks di sekolah-sekolah tahfiz. Saya pasti sekiranya ada subjek tersebut, kes salah laku seks di sekolah-sekolah tahfiz akan berkurangan," kata Hamizah.
Beliau berkata demikian hari ini selepas mengambil bahagian sebagai panelis di Forum Pendidikan Malaysia Baru anjuran NGO Projek Dialog.
Hamizah merupakan salah seorang yang berperanan mengungkap modul pengajaran-pembelajaran pendidikan seks yang kini digunakan di sekolah-sekolah kerajaan.
Beliau berkata oleh kerana sekolah-sekolah tahfiz adalah swasta, LPPKN terpaksa mendapatkan peruntukan berasingan bagi sekolah-sekolah tersebut.
Tambahnya lagi, meskipun pihak sekolah-sekolah tahfiz kebanyakannya mengalu-alukan pendidikan seks di sekolah mereka, namun dia juga diberitahu terdapat kekurangan tenaga guru bagi mengajar mata pelajaran tersebut.
Hamizah berkata dengan pertukaran kerajaan, beliau akan sekali lagi menganjurkan pendidikan seks diajar di sekolah-sekolah tahfiz di bawah Projek Dasar Baru Pendidikan yang akan dicadangkan pada suku ketiga tahun ini.
Baru-baru ini, masyarakat dikejutkan dengan pelbagai kes salah laku seks oleh guru di beberapa buah sekolah tahfiz seluruh negara.
Terbaharu merupakan kes di mana seorang guru tahfiz ditahan selepas disyaki melakukan seks oral terhadap pelajar lelaki di sebuah sebuah sekolah tahfiz di Taman Keramat Permai, Hulu Kelang di sini awal bulan ini.
Zakiah Koya
Wed Jul 25 2018
Ketua Sub-Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Dr Hamizah Mohd Hassan.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
KOM memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri ke SUKMA atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.