Pengusaha sekolah tahfiz di negara ini digesa supaya mendaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan Agama Islam negeri bagi membolehkan tahap keselamatan di dalam mahupun di luar sekolah ditingkatkan.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata oleh kerana sekolah tahfiz kebanyakan tidak berdaftar menyebabkan sukar bagi pihak kementerian memantau dan menambah ciri keselamatan premis dan pelajar yang kini dilihat semakin tercalar dengan kejadian yang tidak diingini.
"Ada sekolah agama ini di bawah Kementerian Pendidikan yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan ada juga sekolah-sekolah agama yang didaftarkan di bawah kerajaan negeri dikenali Sekolah Agama Rakyat (SAR).
"Tetapi ada juga sekolah-sekolah tahfiz yang ditubuhkan tidak didaftarkan di mana-mana, inilah masalah yang kita hadapi untuk kita buat sesuatu," katanya kepada pemberita selepas program penyampaian Sumbangan Masyarakat Siam daerah Padang Terap, di Kampung Changdeng, di sini, hari ini.
Pada program itu, seramai 1,700 orang menerima sumbangan berupa barangan makanan termasuk beras serta wang tunai.
Mahdzir juga berkata pemilik atau pengusaha sekolah tahfiz swasta atau persendirian sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menitikberatkan aspek keselamatan pelajar agar tidak berlaku kejadian tidak diingini sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.
Beliau juga menolak dakwaan kononnya kerajaan selama ini tidak membantu sekolah-sekolah tahfiz atau Sekolah Agama Rakyat sebaliknya kerajaan sentiasa mahu melihat sekolah pendidikan Islam itu terus berkembang dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.
"Bukan kita tak bagi bantuan, tetapi mereka daftar pun tidak, kita tak tahu berapa orang pelajar, kurikulum yang diguna pakai kita tak tahu...sepatutnya berdaftarlah senang kerajaan memantau atau membantu," katanya.
Sementara itu, Mahdzir berkata keyakinan masyarakat Siam terhadap parti UMNO dan Barisan Nasional masih ditahap tertinggi walaupun pelbagai aliran parti yang wujud sejak kebelakangan ini.
Mengikut rekod, terdapat lebih 2,900 anggota UMNO di daerah Padang Terap adalah terdiri daripada masyarakat Siam yang selama ini tidak berbelah bahagi menyokong parti UMNO dan Barisan Nasional yang terbukti membawa perubahan dalam kehidupan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2017
MAHDZIR: Ada juga sekolah-sekolah tahfiz yang ditubuhkan tidak didaftarkan di mana-mana, inilah masalah yang kita hadapi untuk kita buat sesuatu.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.