awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seks luar nikah: Lelaki pengsan sewaktu dihukum sebat 100 kali

Agensi
Agensi
06/02/2021
03:43 MYT
Seks luar nikah: Lelaki pengsan sewaktu dihukum sebat 100 kali
Sepanjang hukuman itu berlangsung, saksi melihat lelaki berkenaan menunjukkan dirinya kesakitan sehingga algojo (tukang pelaksana hukuman) beberapa kali menghentikan turutan sebatannya. - Gambar fail
ACEH:Seorang lelaki di Aceh, Indonesia yang didapati bersalah melakukan hubungan sulit luar nikah, pengsan sewaktu hukuman sebat 100 kali dijalankan ke atasnya oleh pihak berkuasa daerah, pada Jumaat.
Portal berita Kompas.com melaporkan, lelaki berkenaan telah jatuh pengsan ketika sebatan yang ke-74 lalu terpaksa diturunkan dai pentas hukuman untuk menerima rawatan daripada pasukan perubatan.
Sepanjang hukuman itu berlangsung, saksi melihat lelaki berkenaan menunjukkan dirinya kesakitan sehingga algojo (tukang pelaksana hukuman) beberapa kali menghentikan turutan sebatannya.
Sementara itu, pasangannya bagi kesalahan itu, selesai menjalani hukuman sebatan sebanyak 100 kali tanpa henti, yang dilakukan oleh dua orang algojo wanita.
Hukuman sebat di kawasan terbuka itu dijalankan di perkarangan Masjid Agung Al Munawarah di Janthoe, Aceh Besar, selepas solat.
Kedua-dua pesalah itu ditangkap se sebuah bengkel di kawasan mukim Simpang Tiga kerana didapati melakukan hubungan seks luar nikah. Pasangan tersebut kemudiannya diserahkan penduduk tempatan kepada pihak polis seterusnya diadili dengan hukuman syariah yang sudah lama berkuat kuasa Aceh.
Sepanjang proses menjalankan hukuman seumpamanya, para petugas menerapkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menghindari penularan COVID-19. Para petugas dan juga orang yang dihukum dilihat mengenakan pelitup muka, sarung tangan dan menjaga jarak.
Topic Berkaitan
#hukuman sebat
#Aceh
#sebat 100 kali
#pesalah
#salah laku seks
#hubungan luar nikah
#Indonesia
#hukuman syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan