KUALA LUMPUR: Seorang aktivis haiwan dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari gagal mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi di sini bagi mencabar keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) enggan mengambil tindakan lanjut terhadap laporan polis berhubung kes penyeksaan anak-anak kera.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam menolak permohonan kebenaran Dr Kartini Farah Abdul Rahim dan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia Global (Hidup), memutuskan bahawa pemohon gagal mengemukakan bukti prima facie terhadap alasan mencabar keputusan AGC.
"Pemohon mesti memberikan bukti di luar tangkapan skrin Telegram kumpulan, pemacu google yang terdiri daripada video anak-anak kera yang diseksa, laporan polis, dan artikel BBC untuk mengatasi anggapan ini," kata hakim ketika menyampaikan keputusan menerusi prosiding Zoom hari ini.
Pada 16 Jun lalu, Dr Kartini Farah dan Hidup sebagai pemohon pertama dan kedua memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), AGC dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.
Wanita itu memohon perintah untuk mengetepikan keputusan AGC bertarikh 5 April lalu untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap laporan polis yang dibuat pemohon, selain memohon perintah mengarahkan AGC mendakwa pelaku mengikut undang-undang yang sewajarnya.
Hakim Ahmad Kamal, dalam keputusannya, berkata pemohon telah gagal untuk menyangkal anggapan kesahihan Peguam Negara dalam melaksanakan kuasanya dan juga gagal menunjukkan bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan dengan niat mala fide (niat jahat).
"Memandangkan sifat permohonan ini memerlukan standard semakan yang lebih tinggi, saya berpendapat pemohon gagal melepasi halangan ini," katanya.
Beliau juga berkata ketidakteraturan permohonan pemohon dari segi menamakan pihak yang salah dan kegagalan mengenal pasti tarikh keputusan yang dipersoalkan dengan betul akan memberi kesan besar kepada permohonan itu.
Katanya, daripada permohonan pemohon, ia menunjukkan bahawa pemohon tidak mengenal pasti tarikh keputusan yang dipersoalkan itu dibuat oleh pihak pendakwaan.
"Oleh itu, kegagalan pemohon untuk mematuhi syarat ini adalah serius. Mahkamah tidak seharusnya bersidang semata-mata untuk membatalkan keputusan seperti dituntut oleh pemohon apabila tarikh keputusan dipersoalkan itu tidak tepat.
Ahmad Kamal seterusnya berkata pemohon dalam permohonan mereka meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara bertarikh 5 April adalah tidak munasabah dan tidak wajar dari segi prosedur.
"Setelah meneliti dokumen, adalah diketengahkan bahawa tarikh yang digunakan dalam permohonan pemohon adalah tarikh surat Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.
Beliau berkata surat PDRM bertarikh 5 April menjelaskan timbalan pendakwa raya telah mengklasifikasikan siasatan laporan polis pertama oleh pemohon sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) tetapi tidak menyatakan tarikh sebenar pihak pendakwaan membuat keputusan tersebut.
Dalam permohonan itu, Dr Kartini Farah mendakwa pada 20 Jan lalu, beliau telah menerima maklumat daripada dua persatuan pencinta haiwan dari United Kingdom dan Amerika Syarikat mengenai satu kumpulan penyeksa anak-anak kera dengan individu berkenaan menjual video penyeksaan itu di apikasi Telegram.
Pada tarikh sama, beliau membuat laporan polis dengan menyerahkan maklumat terperinci mengenai individu terbabit dan semasa siasatan, indvidu berkenaan mengaku melakukan penyeksaan terhadap haiwan.
Menurut pemohon, rakaman seperti mengerat leher binatang itu dengan menggunakan gunting, membakarnya ketika ia masih hidup dan memotong jari haiwan berkenaan secara satu persatu, telah dikongsi dalam aplikasi Telegram yang disertai ratusan individu.
Bagaimanapun, beliau mendakwa polis membebaskan individu berkenaan tanpa sebarang tuduhan dibuat terhadapnya.
Semasa prosiding hari ini, pemohon diwakili peguam L. Pavitra manakala pihak AGC oleh Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Hakim memutuskan bahawa pemohon gagal mengemukakan bukti prima facie terhadap alasan mencabar keputusan AGC. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Seksa anak kera: Aktivis haiwan, NGO, gagal dapat kebenaran
Hakim memutuskan bahawa pemohon gagal mengemukakan bukti prima facie terhadap alasan mencabar keputusan AGC.
PDRM nafi tiada tindakan diambil berhubung laporan anak kera diseksa
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan tiada tindakan diambil oleh pasukan keselamatan itu berhubung tindakan seorang individu menyeksa seekor anak kera ekor panjang, baru-baru ini.