KUALA LUMPUR: Inisiatif pengukuhan sektor agromakanan yang mula dirintis sejak 2022 telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Mohamad berkata pencapaian tersebut boleh diterjemahkan melalui pertumbuhan sektor agromakanan yang lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.
"Sektor agromakanan memberikan sumbangan yang signifikan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu 11.6 peratus. Pengiraan ini meliputi industri agromakanan di bawah sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.
"Bagaimanapun saya menyedari bahawa KPKM masih berhadapan cabaran dalam menyelesaikan isu bekalan makanan yang bukan sahaja dihadapi oleh negara kita malah di seluruh dunia," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) semalam.
Mohamad berkata susulan keputusan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Tahun 2024 pada 23 Feb lepas, KPKM sedang melaksanakan kajian dan perbincangan lanjut berhubung industri padi serta beras secara menyeluruh.
Hal itu termasuk cadangan mewujudkan satu harga dan gred beras tunggal dengan mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan dan kesan kepada pengguna.
"Suka saya menegaskan bahawa belum ada ketetapan yang dibuat ke atas cadangan untuk menamakan beras tersebut sebagai Beras MADANI," katanya.
Sementara itu menjawab dakwaan wujudnya kartel dalam industri padi dan beras negara, Mohamad berkata KPKM sedang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat dakwaan tersebut di bawah Akta Persaingan 2010 (Akta 712).
Beliau berkata pada tahun lepas sahaja, 22 lesen penjualan benih padi sah dibatalkan kerana melanggar syarat sah lesen.
"Industri padi dan beras negara dikawal selia oleh KPKM di bawah Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994 (Akta 522). Melalui akta ini, pelesenan dan penguatkuasaan merupakan langkah KPKM untuk memastikan ekosistem yang adil sepanjang rantaian nilai industri padi dan beras negara.
"Sekiranya terdapat pelanggaran Akta 522 dan peraturan di bawahnya oleh pemegang lesen serta permit, KPKM akan membatalkan serta-merta atau menggantung lesen mana-mana pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Mohamad ketika sesi penggulungan Titah Diraja pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 11 Mac 2024. --fotoBERNAMA
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Mohamad Sabu wakili Malaysia ke Iran hadiri pengebumian Presiden Raisi - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Interim Republik Islam Iran, Mohammad Mokhber pada Selasa untuk merakamkan ucapan takziah.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Agihan 140,000 tan beras di seluruh negara lancar
Agihan sebanyak 140,000 tan beras di seluruh negara berjalan dengan lancar.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.
Isu beras: 'Boleh tegur, tapi jangan maki hamun' - Mat Sabu
Mohamad berkata tidak salah memberi teguran, tetapi sebaiknya dilakukan dalam cara lebih sesuai.
KPKM jamin bekalan makanan keperluan Aidilfitri mencukupi
Pihak kementerian memberi jaminan bekalan daging, ayam dan sayur sayuran cukup sepanjang sambutan Aidilfitri.
Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.
Kartel beras: Kerajaan tidak akan lindungi sesiapa - Mohamad
Pemantauan sentiasa dilakukan pihak berwajib untuk mengekang kewujudan kartel beras putih tempatan.