awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pelancongan kekurangan 15,000 hingga 20,000 pekerja - Nancy

Bernama
Bernama
14/05/2022
07:16 MYT
Sektor pelancongan kekurangan 15,000 hingga 20,000 pekerja - Nancy
Majikan disaran supaya mengambil pekerja tempatan, selain menjangkakan masalah tersebut dapat diselesaikan dalam satu ke dua bulan lagi terutama apabila negara kini sudah memasuki fasa peralihan ke endemik. - Gambar hiasan
KUCHING: Sektor pelancongan negara kini berhadapan kekurangan kira-kira 15,000 hingga 20,000 orang pekerja, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Menurutnya, anggaran tersebut diperoleh daripada data persatuan-persatuan pelancongan tempatan dan masalah itu bukan hanya dihadapi oleh sektor itu malah melibatkan keseluruhan industri lain dalam negara.
Nancy berkata, kerajaan kini sedang berusaha menangani isu tersebut termasuk dengan membawa masuk pekerja dari luar negara.
"Secara rasmi, kementerian saya telah mengemukakan perkara ini (masalah kekurangan pekerja) kepada Kabinet dan kerajaan sebenarnya sudah luluskan untuk membawa pekerja dari luar negara.
"Cuma buat masa ini perkara itu baru diluluskan dan harus melalui beberapa proses, kita perlu tunggu," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penggiat industri pelancongan di sini, hari ini.
Beliau berkata, majikan disaran supaya mengambil pekerja tempatan, selain menjangkakan masalah tersebut dapat diselesaikan dalam satu ke dua bulan lagi terutama apabila negara kini sudah memasuki fasa peralihan ke endemik.
Sementara itu, katanya, bilangan pelancong yang memasuki negara setakat ini telah mencecah lebih 500,000 orang dan beliau yakin angka itu akan terus meningkat sehingga hujung tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#Pekerja
#Nancy Shukri
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan