awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pelancongan kesihatan dijadikan keutamaan - Najib

Tan Su Lin
Tan Su Lin
30/06/2015
08:56 MYT
Sektor pelancongan kesihatan dijadikan keutamaan - Najib
Najib berkata kemasukan pelancong kesihatan ke negara ini telah meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 4 tahun.
Sektor pelancongan kesihatan di negara ini dijangka terus berkembang dengan langkah kerajaan menjadikan industri itu satu keutamaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah itu perlu agar ianya menjadi setanding dengan negara lain.
Menurut beliau, sektor itu sahaja dijangka mencatat pulangan sebanyak RM1 bilion daripada ketibaan 930,000 pengunjung tahun ini.
"Kemasukan pelancong kesihatan ke negara ini telah meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 4 tahun.
"Pada 2014, ia mencecah 770,000 ketibaan pesakit dengan pulangan pendapatan dijana sekitar RM700 juta.
“Berbanding negara jiran, kedudukan kita masih sedikit di belakang. Saya bercadang menjadikan sektor ini satu keutamaan untuk meningkatkan daya saingnya agar setanding dengan negara lain." kata Najib ketika berucap pada majlis perasmian penerbitan buku ulangtahun peringatan Persatuan Perubatan Malaysia ke-55 di Putrajaya.
Tambah beliau, secara keseluruhannya sektor kesihatan negara telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila mendapat markah tertinggi dalam kajian terbitan Amerika Syarikat awal tahun ini ke atas 25 negara.
Dalam kajian itu, kedudukan Malaysia mengatasi Sepanyol, Perancis, Ireland dan New Zealand.
"Laporan itu jika disimpulkan menunjukkan kepakaran perubatan di Malaysia adalah setanding atau kadang-kala lebih baik daripada negara Barat," tambah Najib lagi.
Topic Berkaitan
#keutamaan
#Najib Razak
#pelancongan kesihatan
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan