awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pelancongan kesihatan mampu jana RM1.3 bilion - Subramaniam

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
29/03/2016
15:22 MYT
Sektor pelancongan kesihatan mampu jana RM1.3 bilion - Subramaniam
SUBRAMANIAM: Tahun lepas, jumlah perbelanjaan oleh pelancong kesihatan dalam hospital adalah RM900 juta. Tahun ini kami mahu jumlah itu mengatasi RM1 bilion. -Gambar fail
Kementerian Kesihatan mensasarkan jumlah perbelanjaan RM1.3 bilion oleh pelancong kesihatan di hospital dalam negara sepanjang tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jumlah perbelanjaan RM900 juta yang dicatatkan pada 2015.
Katanya, ia merupakan sektor penyumbang utama kepada industri pelancongan di negara ini.
"Tahun lepas, jumlah perbelanjaan oleh pelancong kesihatan dalam hospital adalah RM900 juta. Tahun ini kami mahu jumlah itu mengatasi RM1 bilion," kata Dr Subramaniam pada sidang media selepas berucap pada Forum Penjagaan Kesihatan 2016 di sini pada Selasa.
Katanya, di sebalik persaingan dari negara lain di ASEAN, kerajaan menerusi Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) akan terus berusaha mempamerkan Malaysia sebagai destinasi pelancong kesihatan.
"Kerajaan melalui MHTC, telah mengambil langkah untuk mempamerkan Malaysia sebagai negara di mana kita boleh dapat rawatan bermutu tinggi dengan kos yang berpatutan," kata Subramaniam.
Sementara itu, beliau mengalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan dalam menarik pelancong kesihatan ke Malaysia.
Jelasnya, kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta bagi menggiatkan operasi MHTC dalam membantu sektor swasta mempromosi pelancongan kesihatan.
Tahun lalu, Malaysia menjadi destinasi utama kepada lebih 850,000 pelancong kesihatan dari Indonesia, Bangladesh, termasuk dari rantau Asia Barat dan Eropah.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia
#MHTC
#pelancong kesihatan
#subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan