KUALA LUMPUR: Sarawak akan memberi tumpuan kepada sektor pembuatan untuk menarik lebih banyak pelaburan bagi merancakkan lagi ekonominya.
Seiring itu kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Awang Tengah Ramli Hasan, usaha pembangunan sektor-sektor lain yang menjadi nadi ekonomi Sarawak akan sama diteruskan bagi memacu kemajuan negeri itu.
“Salah satu daripada strategi yang kita buat pasca COVID-19 ini untuk mencapai Sarawak sebagai negeri yang maju menjelang 2030 dengan pendapatan yang tinggi adalah menekankan pada sektor pembuatan.
“Jadi kita akan cuba untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan sama ada daripada dalam atau luar negara.”
Ujar beliau, semakin banyak juga bidang-bidang baru yang wujud sudah menarik minat pelabur luar dan keupayaan serta kekayaan sumber di Sarawak memberikan keyakinan kepada mereka.
Dalam sektor minyak dan gas misalnya, pembangunan hidrogen dan industri petrokimia serta beberapa lagi aktiviti hiliran (downstream) semakin memberangsangkan perkembangannya.
Tidak dilupakan kata Awang Tengah, industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana turut akan terus diberi penekanan, selain industri perkapalan yang semakin mengorak langkahnya.
“Saya cukup bangga, ketika pandemik ini, mereka menerima pesanan daripada Australia untuk pembuatan kapal-kapal laut.
“Kita merupakan negeri yang utama dari segi industri perkapalan, lebih 60 daripada 120 limbungan kapal yang ada di seluruh Malaysia ini adalah di Sarawak.”
Tonton temu bual penuh beliau dalam Agenda AWANI Sarawak Memilih bersama hos Dzulfitri Yusof, disini:
Israr Khalid
Fri Dec 17 2021
Awang Tengah berkata, industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana juga terus diberi penekanan, selain industri perkapalan yang semakin mengorak langkahnya. - Astro AWANI
MAHA 2024: Dari akuakultur ke megafauna, Laman Agrofood Perikanan janjikan tarikan hebat buat anda
Laman Agrofood Perikanan, yang merupakan sebahagian daripada Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, menjadi antara tarikan utama buat pengunjung.
Pokok tumbang hempap rumah, tujuh sekeluarga terselamat
Dalam kejadian malam itu, kesemua penghuni sempat melarikan diri keluar ke rumah jiran berhampiran sebaik pokok besar itu tumbang.
34 cedera, bas dua tingkat rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan
Tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah bas tersepit, manakala 30 mangsa di tingkat atas cedera ringan dan berjaya keluar dengan sendiri.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Malaysia
Seri Paduka Baginda mendoakan Malaysia terus dilindungi, diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik
Paus itu berdepan beberapa risiko ancaman dari aspek persekitaran lautan Malaysia iaitu berkemungkinan 'tersangkut' di kawasan cetek.
Tuanku Muhriz kesal, dukacita kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Baginda bertitah perbuatan ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Malaysia cemerlang raih satu gangsa, empat 'Medallion for Excellence' di WorldSkills Lyon
Wong Hsun Wei meraih pingat gangsa dan dinobatkan Best Of Nation pada acara penutup WSC 2024 dan penyampaian pingat pada Ahad.
Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61
Katanya, semangat ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi serta setia kepada ibu pertiwi.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.