SEREMBAN:Selepas menarik nafas lega apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lepas, sektor perhotelan di negara ini kembali berdepan tempoh getir susulan gelombang baharu penularan wabak COVID-19.
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan panas COVID-19 serta peringatan agar orang ramai mengelakkan tempat sesak selain peningkatan kes harian wabak dalam tiga angka sejak akhir-akhir ini menyebabkan masyarakat memilih berada di rumah.
Berdasarkan perkembangan semasa, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng menjangkakan berlaku penurunan kadar penginapan sekitar 15 peratus untuk tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, iaitu kerugian antara RM60 juta hingga RM100 juta bagi sektor itu.
Beliau juga berkata, kaji selidik yang dijalankan mendapati sektor perhotelan negara ini dijangka mengalami kerugian sekitar RM6.3 bilion tahun ini, merangkumi RM3 bilion untuk enam bulan pertama dan RM3.3 bilion bagi enam bulan kedua.
"Dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sejak 18 Mac lepas, kadar penginapan hotel jatuh ke tahap paling rendah iaitu sekitar lima peratus sahaja, bagaimanapun pembukaan semula sektor pelancongan domestik bermula Jun lepas merancakkan kembali sektor perhotelan dengan kadar penginapan mencatat angka tertinggi 42 peratus semasa cuti panjang bersempena Hari Kebangsaan yang lalu," katanya kepada Bernama.
Yap berkata, penularan COVID-19 memaksa industri perhotelan bergantung pada pasaran domestik yang dijangka berlanjutan hingga pertengahan tahun depan.
Sementara itu, Pengerusi MAH Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, mereka kehilangan tempahan lebih 50 peratus, merangkumi tempahan bermalam dan penganjuran kursus, seminar dan majlis keraian, susulan peningkatan kes COVID-19 sekarang.
"Selepas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) umum boleh rentas negeri Jun lepas, sektor perhotelan kembali rancak dan tempahan mula konsisten, tapi selepas kes COVID-19 semakin meningkat, kita terjejas semula dengan kebanyakan panggilan yang diterima ialah untuk membatalkan atau menangguhkan tempahan," katanya.
Menurutnya, pemulihan sektor itu akan mengambil masa dan beliau menjangkakan industri hanya dapat kembali stabil seawal-awalnya Jun tahun depan, bergantung pada situasi penularan wabak.
Katanya, walaupun berdepan kekurangan pelanggan, hotel masih perlu terus beroperasi bagi memastikan penyelenggaraan, keselamatan dan kebersihan premis terjamin.
Tinjauan Bernama di sekitar pusat peranginan Port Dickson di sini baru-baru ini mendapati kehadiran orang ramai jelas tidak semeriah seperti sebelum ini selain kawasan pantai yang sering menjadi tumpuan pengunjung juga lengang.
Mereka yang ditemui Bernama juga menyatakan keberatan untuk melancong pada masa ini.
Antaranya penjawat awam dari Kuala Lumpur, Mohamad Shahriel Hamdan, 42, yang menyatakan dia membuat keputusan untuk tidak membawa keluarga bercuti sebagai langkah berjaga-jaga.
"Saya tidak mahu merisikokan keluarga saya, (kami akan) bercuti nanti bila keadaan sudah reda dan selamat," katanya.
Untuk rekod, pada tahun lepas Negeri Sembilan mencatatkan ketibaan pelancong seramai 6.43 juta.
- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020
Selepas kes COVID-19 kembali meningkat, pengusaha hotel terjejas semula dengan kebanyakan panggilan yang diterima ialah untuk membatalkan atau menangguhkan tempahan. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sektor perhotelan bakal 'sakit' lagi ekoran gelombang baharu COVID-19
Sektor perhotelan di negara ini kembali berdepan tempoh getir susulan gelombang baharu penularan wabak COVID-19.
COVID-19: UK umum pelan longgarkan sekatan minggu ini
Menteri Kesihatan, Matt Hancock berkata lebih banyak perniagaan akan dibuka semula bermula Julai.
Larang pekerja hotel bertudung: Akta Kerja 1955 akan dipinda
Draf cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan baru-baru ini.
Larangan bertudung bertentangan dengan Perlembagaan - Jakim
Sebarang dasar larangan pemakaian tudung seperti yang dilapor dibangkitkan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana